Penyusun mulakan dengan seruan: “wahai orang-orang yang ingin bebas dari segala mara bahaya dan yang ingin beribadat dengan benar, semoga Allah melimpahkan taufikNya kepada kita. Dengan itu, wajib keatas kita membekalkan diri dengan ilmu. Ini kerana, beribadat tanpa ilmu adalah sia-sia kerana ilmu adalah punca kepada segala perbuatan.
Perlu diketahui, Ilmu dan Ibadat adalah dua perkara yang saling berkait. Ini kerana pada dasarnya segala yang kita lihat, kita dengar dan kita pelajari adalah untuk ilmu dan Ibadat.
Renungkan Firman Allah dibawah Ini:
“Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus diantara alam, langit dan bumi.(berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi IlmuNya akan tiap-tiap sesuatu.” (At Talaq: 12)
Dengan merenung keindahan langit dan bumi, diharapkan kita akan memperolehi Ilmu darinya. Dengan menyemak ayat diatas, ia sudah cukup jelas untuk membuktikan bahawa Ilmu itu mulia. Lebih-lebih lagi, Ilmu Tauhid kerana dengannya kita dapat mengenal Allah dan sifat-sifatNya.
Renungkan pula firman Allah dibawah Ini:
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (Az Zaariyaat: 56)
Perkara ini menunjukkan betapa mulianya ibadat dan ayat diatas cukup membuktikan tentang kemuliaannya serta kewajipan untuk sentiasa menjalankan ibadat. Sungguh besar erti Ilmu dan Ibadah kepada kehidupan didunia dan akhirat. Maka, wajiblah keatas kita untuk hanya mengejar Ilmu dan menjalankan ibadat dan melupakan perkara-perkara lain yang batil. Ini kerana, dalam Ilmu dan Ibadat sudah terkandung segala urusan dunia dan akhirat.
Membangunkan Negara dan mencipta kemakmuran juga termasuk Ibadat jika dilaksanakan kerana Allah. Jadi, bersama Ilmu dan Ibadat, kita dapat mencapai kebahagiaan dunia dengan kemajuan dunia yang yang sihat dan bukan yang menyesatkan, juga kebahagiaan diakhirat.
Seharusnya kita memusatkan perhatian dan fikiran hanya untuk ibadat dan Ilmu. Jika demikian, kita akan menjadi kuat dan berhasil, kerana berfikir selain untuk Ibadat dan Ilmu adalah batil dan sesat serta hanya akan membawa kehancuran keatas dunia ini.
Kesimpulannya, tidak ada yang lebih baik dari Ilmu dan Ibadat. Sehubungan dengan kemuliaannya itu, Nabi s.a.w. bersabda:
“Kelebihan orang yang berilmu atas orang yang menjalankan Ibadat, ibarat kelebihanku atas orang yang paling rendah diantara umatku.” (HR al Haris bin ASbu Uzamah dari Abu Said al Khudri, diperkuat dengan riwayat Tirmizi dari abu Umamah)
Perhatikan pula sabda Rasulullah yang berikut ini:
“Sekali melihat wajah orang berilmu, adalah lebih aku suka daripada beribadat selama satu tahun, rajin berpuasa dan mendirikan sembahyang malam. Ini kerana, sudah tentu orang yang berilmu yang mahu mengerjakannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w. yang lain:
“Adakah kalian tahu, siapakah yang paling mulia diantara penghuni syurga? Para sahabat menjawab: “Bahkan kami ingin mengetahui perkara itu, ya Rasulullah!” Rasulullah menjawab: “Mereka adalah para ulama, orang-orang berilmu dan umatku.”
Kini sudah jelas bahawa Ilmu itu Ibarat permata dan lebih utama daripada Ibadat. Namun demikian, kita tidak boleh meninggalkan ibadat bahkan wajib beribadat dengan disertakan Ilmu.
Umpamanya, sebuah pokok- yang mana Ilmu, ibarat pohonnya dan Ibadat, ibarat buahnya,. Maka, jika kita beribadat tanpa dibekalkan dengan Ilmu, Ilmu tersebut akan lenyap bagaikan debu ditiup angin. Disini jelas menunjukkan bahawa kedudukan pohon adalah lebih penting kerana pohon merupakan inti utama. Akan tetapi, buah mempunyai fungsi yang tidak kurang juga pentingnya. Oleh kerana itu, kita harus memiliki kedua-duanya iaitu Ilmu dan Ibadat.
Sehubungan dengan itu, berkatalah imam al Hasanul Basri:
“Tuntutlah ilmu tanpa melalaikan Ibadat, Dan beribadatlah tanpa melalaikan tuntutan mencari Ilmu.”
PerhatikanSabda Rasulullah s.a.w.:
Ilmu adalah imam kepada amal, dan amal adalah makmumnya.”
Alasan bahawa ilmu adalah inti atau asas yang perlu didahulukan ialah:
Ibadat akan berhasil dan benar. Bukankah kita sepatutnya mengetahui siapa yang patut disembah sebelum kita menyembahnya. Apa akan jadi jika kita menyembah, sedangkan yang kita sembah itu belum kita tahu asma dan sifat-sifat zatNya. Serta wajib dan mustahil bagiNya? Ini kerana, kadang kala seseorang mengiktikadkan sesuatu yang tidak layak bagiNya. Maka, ibadat yang demikian itu akan sia-sia.
Terdapat sebuah cerita yang mengisahkan tentang dua orang lelaki yang seorang adalah orang yang berilmu yang tidak pernah beribadat dan seorang lagi adalah orang tidak berilmu tetapi menjalankan ibadat . Kemudian, keduanya diuji oleh seseorang tentang berapa kadar kejahatan bagi kedua orang tersebut. Maka sipenguji itu pun mendatangi keduanya dengan mengenakan pakaian yang megah.
Dia berkata kepada orang yang rajin beribadat: “Wahai hambaku, aku telah mengampuni seluruh dosamu. Maka sekarang engkau tidak perlui beribadat lagi.”
Ahli ibadat menjawab: “Oooh, itulah yang aku harapkan darimu ya Tuhanku.”
Ahli ibadat menjawab: “Oooh, itulah yang aku harapkan darimu ya Tuhanku.”
Ahli Ibadat menganggap sipenguji sebagai Tuhan, sebab dia tidak mengetahui sifat-sifat sebenar tuhannya.
Selanjutnya, sang penguji mendatangi orang yang berilmu, yang ketika itu dia sedang minum arak. Penguji berkata: “Wahai manusia, tuhanmu akan mengampuni dosamu!”
Dengan geram dan menjawab: “Kurrang ajar! (sambil mencabut pedangnya) engkau fikir aku tidak kenal siapa Tuhan?!”
Dengan geram dan menjawab: “Kurrang ajar! (sambil mencabut pedangnya) engkau fikir aku tidak kenal siapa Tuhan?!”
Demikianlah, orang berilmu tidak akan mudah tertipu dan sebaliknya orang yang tidak berilmu begitu mudah tertipu dan terpedaya.
Kini jelas bahawa setiap hamba Allah harus nmemiliki Ilmu dan menjalankan ibadat dengan menggunakan Ilmu sebagai inti atau asas yang perlu diutamakan.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ilmu adalah pemimpin amal dan amal sebagai makmun.”
Seterusnya Nabi s.a.w. bersabda lagi:
“Allah memberikan Ilmu kepada orang-orang yang berbahagia tidak kepada orang-orang yang celaka.” (H.R Abu Nuaaim, abu Talib al Makki, al Khatib dan Ibn Qayyum)
Kesimpilannya, Ilmu memang merupakan inti(asas) yang perlu didahulukan dan kemudian diikuti dengan ibadat. Ini kerana, Ibadat tanpa Ilmu akan dihinggapi banyak penyakit yang merosakkan.
Mengetahui dahulu zat yang harus disembah, baru kemudian menyembahNya. Tanpa mengetahuNya akan menimbulkan suul Khatimah (mati tanpa beriman kepada Allah) dan hasilnya ibadat itu menjadi sia-sia belaka.
Wasalam
By: Perihatin
No comments:
Post a Comment