Tuesday, October 6, 2009

Hikmah 1 pt 3

Semoga engkau berkata, “Akan tetapi Allah memperingatkan orang-orang yang berbuat maksiat dan yang berbuat dosa beulang-ulang didalam Al Quran mendapat azab dan kemarahan dari Allah. Maka bagaimana tidak berkurang harapanku terhadap keampunan dan kebaikan dari Allah jika aku meninggalkan kewajipan-kewajipan ini.

Bukankah ini adalah satu bentuk kekurangan?

Sesungguhnya Allah telah memberikan syarat untuk mendapatkan RahmatNya iaitu dengan cara beriman dan bertaqwa. Tatkala Allah berfirman:

“Maka Kami akan mewajibkannya pada orang-orang yang bertaqwa.” (Al A’raf: 156)

Dan jawapan bahawa orang-orang yang berbuat maksiat ini, yang yang diminta darimya, hanyalah dengan melahirkan sikap mengharap kepada  kemuliaan dan keampunan Allah.

Tidak mungkin Allah akan menerima HANYA dengan satu pengharapan kecuali apabila dia memasukkan harapannya melalui pintu taubat.

Apakah engkau melihat pada orang yang berbuat maksiat ini,  datang mengetuk pintu Allah mengharapkan keampunanNya, apakah dia berfikir, untuk melakukan hal yang demikian secara terus menerus, yakni dengan melakukan maksiat, kemudian bersantai, relaks, tanpa ada rasa bersalah terhadap dosa-dosanya?

Tentu tidak, ini adalah menurut timbangan neraca akhlak dan perasaan kemanusiaan, terlebih lagi dengan neraca perasaan ubudiyyah kepada Allah, bahawa orang yang berbuat maksiat ini, sebenarnya muncul dalam dirinya suatu cita-cita untuk  mendapatkan keampunan dari Allah. Sehingga bertambahnya rasa inigin untuk bertaubat dan timbulnya perasaan penyesalan serta keinginan yang kuat untuk meninggalkan semua itu darinya.

Maka apabila dia bertaubat, taubatnya benar. (Maksudnya orang yang mengakui dia adalah orang yang sangat berdosa dan bersungguh-sungguh untuk kembali kepada jalan yang benar yang diridhoi Allah SWT) maka yang diminta bahawasanya hendaklah dia membaca kitab Allah dan berhentilah  ketika melihat contoh yang terdapat didalam firmanNya:

“Tidakkah mereka mengetahui, bahawasanya Allah menerima taubat dari hamba-hambaNya dan menerima zakat dan bahawasanya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (At Taubah: 104)

Yang diperlukan bahawa dia berdiri seperti yang terdapat dalam hadis Qudsi yang disepakati atasnya dan orang yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w. tentang TuhanNya

(Seorang hamba telah melakukan satu perbuatan dosa kemudian berkata, ‘Ya Allah ampunilah dosa-dosaku,’ kemudian Allah berkata, ‘Hambaku melakukan satu dosa, maka dia mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa-dosa hambaNya kemudian dia melakukan satu dosa, lantas dia kembali berbuat dosa. Maka dia berkata, “Ya tuhanKu ampunilah segala dosa-dosaku.” Maka Dia, Allah berkata, “HambaKu melakukan dosa, maka dia mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa-dosa,” Kemudian dia melakukan dosa-dosanya kembali, LANTAS Allah berkata: Telah Aku ampuni hamba-hambaKu, maka hendaklah dia berbuat sesuka hatinya).”

Namun Taubat yang bagaimana yang diharapkan oleh Allah SWT. Hanya Allah Yang lebih mengetahui akan taubat seseorang itu samaada benar-benar mereka bertaubat atau hanya suatu luahan kosong yang datang dari dibibir saja.

Maka hendaklah taubat itu menjadi satu keharusan darinya, iaitu jalan menuju tetapnya harapan dalam diri orang-orang yang berbuiat maksiat. Sedangkan orang-orang yang terus berbuat  maksiat maka tidak akan lahir dalam dirinya keinginan untuk bertaubat. Secara automatic harapan untuk mendapatkan keampunan Allah juga tidak mungkin terlintas dalam hatinya kerana telah ditutupi oleh kekotoran – kekotoran yang begitu menebal menutupi Qalbunya tanpa disedari. sedangkan Allah sentiasa membuka pintu taubat  walaupun mereka terus menerus melakukan dosa namun Allah tetap menerima taubat  dari hamba-hambaNya.

Bak kata orang tua-tua pintu taubat ditutup.sedangkan Allah sentiasa membuka pintu taubatNya.

Kemudian sesungguhnya  jelas bagi kamu dengan apa yang telah dijelaskan bahawa berpegang pada amal bertolak belakang dengan apa yang telah disebutklan oleh Ibn Ataillah iaitu, sebagaimana terdapat diakhir dalil untuk berpegang kepada satu amalan.

Maka barangsiapa yang bertambah harapannya mendapat keutamaan dan pahala dari Allah maka bertambah amal solehnya kepada Allah. Itu menunjukkan dalil bahawasanya dia berpegang atas amalnya yang soleh tidak berusaha mendapatkan keampunan dari Allah SWT.

Semakin jelas akan pentingnya tali ikatan ini antara tumbuhnya harapan dan tumbuhnya amal soleh. Apabila kita menggambarkan dengan keadaan manusia jika bertambah amalnya yang baik maka bertambah ketaatannya menjadi banyak dan ketika bertambah yang demikian itu darinya bertambah kuat pula dengan pahala yang dijanjikan Allah kepadanya. Yang demikian itu, kerana hasil ini akan berhenti bagi manusia seperti ini, dengan adanya ikatan kewajipan ini bahawa dia berada ditempat yang jelas iaitu didalam syurga dan termasuk dalam golongan orang-orang yang mulia dengan merasakan nikmat-nikmat yang telah dijanjikan Allah kepadanya.

Ini merupakan hasil antara ikatan tersebut iaitu antara amal dan balasan. Maka hal ini wajib untuk diyakini.

Apabila sampai pada satu darjat dalam amal soleh – bahawa semua amalnya diterima dan seluruh hidupnya dipenuhi dengan ketaatan jadi dia termasuk penduduk syurga. Maka ini mendahului ketentuan Allah dimana berapa banyak sudah, hadis-hadis Rasulullah yang memperingati akan hal perkara seperti ini.

Sesungguhnya jalan yang terbaik iaitu bagi orang-orang yang tergelincir hendaklah dapat menjauhi dengan mengetahui  bahawasanya hak-hak Allah atas hambaNya tidak terlaksana sebesar apapun ketaatannya, namun hak-hak ini akan sentiasa tersisa walaupun engkau laksanakan hak-hak Allah dengan ketaatan. Maka orang yang pertama sekali melakukan hal itu adalah Rasul dan Para nabi dikuti oleh para sahabat, para ulama dll. Bersamaan dengan itu, kita tidak menjumpai salah seorang diantara mereka ini, mengharapkan pengharapan untuk mendapatkan ganjaran pahala dengan ketaatannya dengan melakukan amalan-amalan yang mendekatkan dirinya kepada Allah. Mereka semuanya berharap kepada keampunan Allah SWT.

Nabi Ibrahim a.s. adalah kekasih Allah. Dia melihat bahawasanya dia memiliki sedikit amalan dibandingkan dengan orang-orang soleh diantara hamba-hambaNya. Maka dia mermohon kepada Allah untuk mengikuti mereka seraya berkata:

“Wahai Tuhanku,, berilah aku hikmah dan masukkanlah aku kedalam golongan orang-orang yang soleh.” (Ash Syu’araa’: 83)

Dia mengharapkan kepada keampunan Allah yang terdapat dalam firman Allah:

“Ya Tuhanku, ampunilah aku dan kedua-dua orang tuaku dan orang-orang mukmin pada hari kiamat.” (Ibrahim: 41)

Adapun Yusuf a.s. Melihat dari sisi lainnya bahawasanya dia Nabi terakhir yang berupayanya masuk dan meningkatkan darjatnya kepada darjat orang yang soleh. Kemudian dia meminta kepada Allah agar memasukkannya kepada mereka sebagaimana dia berkata terhadap apa yang telah dikhabarkan Allah kepadanya:

“Wahai Tuhanku, Ya Tuhanku sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepada ku sebahagian ta’bir mimpi. Ya tuhanku pencipta langit dan bumi, Engkau pelindungku didunia dan diakhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh.” (yusuf: 101)

Sedangkan Nabi Muhammad  s.a.w. dia berkata sebagaimana yang telah engkau ketahui, “Tidak akan masuk syurga salah seorang diantara kamu amalnya, para sahabat bertanya, ‘dan tidak juga engkau ya Rasulullah?”

Rsul menjawab: “Dan tidak juga aku, kecuali kalau Allah memasukkanku dengan RahmatNya.”

Jadi, manusia siapapun ketika dia bersepakat untuk melakukan amal soleh, sesungguhnya dia mendapatkan balasan dari pajak ibadahnya kepada Allah dan dari hak-hak nikmat yang telah diberikan Allah kepadanya didunia, dimana nikmat tersebut sangat banyak dan bermacam-macam sehingga tidak terhitung jumlahnya.

Maka manusia seperti ini walaupun ketaatannya telah mendapat persetujuan, dia tetap dibebankan terhadapnya hak-hak ketuhanan terhadap Allah atas dirinya dan dibebankan berdasarkan hak-hak nikmat yang telah diberikan Allah kepadanya. Darimana pun dan dengan dalil apapun dia meminta kepada Allah agar memuliakannya, dengan memasukkannya kedalam syurga serta kekal didalamnya, bahkan sehingga dia meminta tambahan kepada nikmatNya didunia yang belum dilaksanakan setelah hak-haknya mendapat nikmat diakhirat yang terjadi atasnya sesuai dengan hukum yang terdapat didalam kitabnya.

Kesimpiulannya bahawa manusia, setelah mengetahui bahawasanya dia adalah hamba Allah, maka wajiblah atasnya untuk menyembah Allah kerana dia hambaNya dan Allah adalah Tuhannya. Samaada baginya mendapatkan balasan dari Allah atas ibadahnya atau tidak mendapat balasan. Kemudian dia akan meminta syurganya sebagai kemurahan dan kebaikan Allah dan hendaklah dia meminta perlindungan dari api neraka dan azabNya dengan merendahkan hatinya, itulah yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dalam doanya.

Seandainya salah seorang diantara kita menetapkan didalam dirinya bahawasanya dia menyembah Allah untuk masuk kedalam syurganya, sementara itu dia mengetahui bahawa dia tidak akan menerima ibadah seperti ini. Maka dia akan berhenti untuk melakukan ibadah sesuai dengan syariaat dan hukum-hukumNya. Maka dalam neraca timbangan Allah dia bukan muslim dan juga bukan mukmin. Jadi, dia mengetahui bahawasanya dia bukan hamba Allah tetapi dia adalah hamba syurga sebagaimana yang dicari-carinya.

Disini, kita mengetahui bagaimana tingghinya perasaan tauhid dalam diri Rabiatul Adawiyah kepada Tuhan nya ketika dia berkata:

“Ya tuhanku sesungguhnya aku tidak menyembahMu ketika aku menyembahMu kerana aku mengharapkan syurgaMu dan tidak takut kepada nerakaMu ketika aku mengetahui bahawasanya Engkau adalah tuhan yang berhak untuk disembah maka kami menyembahMu.”

Sebahagian orang –orang yang bodoh, menyangka bahawa Rabiah tidak melakukan hal ini iaitu tidak memerlukan syurga yang telah dijanjikan Allah kepada hamba-hambaNya yang soleh sehingga dari sini muncullah cela atasnya dan mereka terlalu cepat mengambil kesimpulan untuk menzaliminya dan menghukumnya.

Maka Rabiah sesungguhnya meminta kepada Allah agar dimasukkan kedalam syurga dan dia berlindung kepada Allah dari seksa api neraka. Betapa banyak keinginannya dan rasa takutnya dari azab Allah yang dapat engkau lihat kedalam dirinya. Dimana dia sangat mengharapkan kepada kemurahan Allah dan syurga yang dekat kepadanya dan dia tidak meminta pahala atas ibadahnya dan nilai dalam solat dan hidupnya. Akan tetapi dia meminta kepada Allah kerana Allah Maha kaya dan dirinya hanyalah hamba yang memerlukan pertolonganNya. Sedangkan ketaatan dan ibadahnya mendekatkan dirinya kepada Allah kerana Allah adalah Tuhannya dan dia sebagai hambaNya. Sesungguhnya dia sangat berhutang budi terhadap hak seseorang hamba kepada Allah.

Dari sini dapat kita lihat dan perhatikan bahawa peribadahannya menyebabkan dia menyembah Allah dan tunduk pada kekuasaan Tuhannya. Dia menyedari bahawa dia adalah hamba Allah dan Allah adalah Tuhannya.

Beginilah keadaan Rabiah Adawiyah terhadap Tuhannya. Sementara itu, ada diantara kaum muslimin yang berkata bahawa dia berada pada kedudukan yang benar. Kedudukan yang benar sangat menentukan baginya, maka hendaklah kita berkata:

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku tidak menyembah kamu kerana Engkau adalah Tuhan yang berhak untuk disembah, tetapi aku sangat mengharapkan syurgaMu. Apakah bagi manusia khususnya orang-orang yang beriman terdapat hal yang seperti ini? Sampai terhadap orang-orang yang fasik sekalipun. Siapa yang berani berbicara kepada Allah dengan kebijakan seperti ini tanpa rasa malu?

Sesungguhnya untuk mendekatkan diantrara kita dan Rabiatul Adawiyah sebagai contoh hendaklah kita dapat berdialog kepada Tuhan yang telah menciptakan kita melalui doa yang kita panjatkan.

Apakah mampu untuk kita berbicara dengan Allah. Sedangkan Allah SWT Maha Mengetahui. Maha Pencipta, Apa saja rahsia dalam diri kita, pada kita , dalam hati kita  yang tersirat didalam hati kesemuanya Allah Yang Lebih Mengetahui. Allah tahu segala-galanya, Allah tahu tahap mana iman kita, Allah tahu tahap mana keupayaan kita, Allah tahu tahap mana ketaqwaan kita, Allah tahu tahap mana  keikhlasan taubat yang kita lafazkan kepadNya.

“Ya Allah, Engkau adalah Tuhan kami dan kami adalah hambaMu. Kami menyembahMu dan mengikuti perintahMu sesuai dengan kemampuan yang kami miliki bukan kerana sesuatu pun kerana kami melihat bahawa Engkau Tuihan kami. Kami adalah hambaMu. Dan kami mengetahui walaupun kami berada dijalanMu yang lurus, namun kadang-kala kami tergelincir dari jalanMu itu. Hal ini disebabkan bukan kerana kesombongan kami mengikuti perintahMu namun Engkaulah yang membuat kami lemah.

Semoga kami dapat kembali kepadaMu dari dunia kami ini iaitu dunia yang penuh dengan belbagai kesalahan dan kemaksiatan. Kami mengharapkan taufikMu agar dapat bertaubat secara benar. Kami akan kembali kepadaMu dari ketergelinciran ibadah kami dan harapan kami kepadaMu.

Semoga kami dapat menjawab soalan ketika Engkau bertanya: “Dengan apa engkau menghadap kepadaKu dari dunia kamu yang kamu hidup dalamnya? Kami datang menghadap kepadaMu mengharapakan RahmatMu, untuk mendapatkan KemuliaanMu. Aku menghadap kepadaMu dalam keadaan fakir kecuali dengan ibadahku kepadaMu. Itulah harta yang aku bawa menghadapMu dan tidaklah kami mengetahui bahawa semuanya itu kerana KemuliaanMu kerana ibadahku padaMu.”

Inilah keperluan dari tauhid yang wajib bagi setiap muslim menyakini dalam akal fikirannya. Itulah sebenarnya yang diberikan oleh Ibn Ataillah terhadap perkataannya. (Diantara tanda-tanda bersandarkan pada amal, iaitu berkurangnya harapan ketika terjadi atau tergelincir kepada perbuatan yang salah.)

Wassalam.

By: Perihatin

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)