Zahid ialah meninggalkan segala yang lebih-lebih daripada yang halal. Ini adalah kerana seseorang yang salik itu merupakan orang musafir kepada Tuhannya. Maka manakala jika ada sertanya sesuatu yang melebihi dari kadar keperluan dan hajatnya dalam perjalanannya, nescaya ianya akan menjadi penegah dan penghalang untuknya melangkahkan kaki. ini adalah kerana Hadrat Haq subhanahuwa Ta'ala itu diharamkan masuk atas orang yang membawa dibelakangnya sesuatu tanggungan (sangkutan dunia).
Dalam erti kata yang lain, hendaklah disucikan tangannya daripada mengambil sesuatu yang lebih daripada dunia dan disucikan hatinya daripada berhadap kepadaNya kerana adalah pada Hadrat yang Qudsi itu ditegahkan masuk orang yang penuh hatinya dengan akdar dunia yang Masyiwallah (sesuatu selain daripada Allah) seperti kata Sheikh Ibni Attoillah As -Kandari:
* Bagaimana terang bercahaya hatinya sedangkan segala rupa Akuan (cita-cita dunia) termeteri pada muka cerminnya atau
* Bagaimana ia suka berjalan kepada Allah Taala padahal tertambat dengan segala keinginan syahwatnya atau
* Bagaimana ia loba masuk pada Hadrat Allah Taala sedangkan ia tiada bersuci dari segala junub kelalaiannya atau
* Bagaimana ia harap hendak faham akan keindahan Asror atau rahsia-rahsia yang halus (yang dalam) padahal ia tidak bertaubat daripada kesalahannya.
Antara alamat orang yang Zahid ialah sebagaimana yang disebut dalam kitab Sira Ssalikin dimana telah berkata Imam Al Ghazali:
Adapun alamat Zahid itu dua perkara:
1. Tiada ia suka dengan suatu yang ada padanya dan tiada dukacita diatas ketiadaan sesuatu padanya seperti firman Allah yang bermaksud: "Supaya tiada dukacita kamu atas sesuatu yang luput dan tiada suka dengan sesuatu yang datang kepada kamu."
2. Bersamaan padanya orang yang memuji dan menghinanya.
By Perihatin
No comments:
Post a Comment