Firman Allah SWT:
"Ketika orang-orang kafir menanamkan dalam hati mereka kesombongan iaitu kesombongan jahiliyah, lalu Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan kepada orang-orang mukmin dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimah taqwa, dan adalah mereka berhak dengan kalimah taqwa itu dan dapat memilikinya. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (Al Fath: 26)
Ada beberapa pendapat sebab dinamakan Kalimah tauhid ini dengan kalimah taqwa diantaranya ialah: 'bahawa orang yang mengucapkan kata taqwa akan menjauhkan diri dari sifat musyrik'.
Firman Allah SWT:
"Dia (Allah) adalah Tuhan Yang Patut (kita) Bertaqwa kepadaNya dan berhak memberi ampun." (Al mudatsthir: 56)
Kalimah taqwa atau kalimah tauhid ini juga dapat menyelamatkan diri kita dari pedang, dan melindungi harta kita daripada dirampas dan sebagainya. Jika suara tauhid telah masuk dalam seluruh diri kita maka ia akan menjadi pelindung hati kita daripada kekufuran. Jika kita mendapat taufik dan petunjuk Allah, maka fizikal kita akan terhindar dairpada kemaksiatan. Allah juga telah menjelaskan bahawa kalaimah taqwa ini juga yang menjadi kunci pintu syurga.
By Perihatin
No comments:
Post a Comment