Saturday, January 9, 2010

Sejarah Perjuangan Rakyat Kerajaan Pattani

Saya sering tertanya-tanya mengapakah di Perak terdapat beberapa daerah seperti, Changkat Jering (kampung saya), Batu Kurau, Lenggung, Gerik, Daerah Baling, dan Sik di Kedah ramai orang “pendatang” dari Pattani. 
Cerita-cerita yang saya dengar saya kuatkan lagi dengan bacaan dari beberapa buah buku yg. ditulis oleh sepupu saya sendiri  Mohd Zamberi Malik.sebenarnya ramai pemimpin kita berketurunan Pattani, seperti Ybhg Dato’Seri Tajol Rosli, Dt Seri Nazri Aziz, Dt  Nakhaie Ahmad, dan Pengarah Jakim Dt.Wan Mohammad Aziz dan Tan Sri Wan Zahid Nordin bekas Pengarah Pendidikan malah mereka mempunyai pertalian keluarga dengan saya. Dt seri Shuryani juga orang Pattani. Dan kalau tak silap saya, Dato Mej  Jen (B) Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri  pun daripada  keturunan Pattani.



Rentetan  sejarahnya  adalah seperti berikut:

Pergerakan menuntut  pembebasan  di kalangan org Melayu Islam di Pattani
Di tengah tengah tegangan terhadap dasar kerajaan Siam mahu menyerapkan  mereka dalam budaya Budha Siam.penentangan ini bermula daripada golongan istana,dan kemudian beralih  kpd.golongan  pemimpin  yang menjadi  tulang belakang politik pemisahan  Pattani dalam tahun-tahun 1970an.
  Sejarahnya dapat disusur  sekitar 200 tahun lalu sejak kerajaan Siam menjajah Kerajaan Pattani.
Kebangkitan semangat kebangsaan Melayu Pattani bermula waktu peluasan kuasa kerajaan Siam dari tahun 1785 hingga 1867:

Th 1785 di Bawah pemerintahan Rama I  Siam menakluki Pattani.Kelantan dan Trengganu dijadikan wilayah pinggiran (signitory state).
Th 1789-1791,pemberontakan demi pemberontakan tercetus,namun dapat dipatahkan . kerajaan Siam membahagikan Pattani kpd 7 wilayah;
1.Pattani 
2.Saiburi 
3.Nngchik 
4.Yala 
5.Yaring 
6.Rahman dan 
7.Rangaei

Pemberontakan birokrasi bermula pada 1868 -1931.
Th 1897 Siam dan British yg berada di Malaya ketika itu menandatangi satu perjanjian rahsia,
a)         Kerajaan Siam  berjanji  tak akan melayan kuasa asing melainkan British.
b)        British menyokong kuasa Siam ke  atas.kerajaan Melayu Pattani.
                                                                                                   
 Th 1901, 7 wilayah  di selatan disatukan,pentabirannya berpusat di Bangkok.Siam masuk campur pemilihan Raja.Pemberontakan berlaku lagi.raja ketika itu Tengku Abdul Kadir (datuk YM Tg Ahmad Rithauddin dan Almarhumah Tg Budriah) membantah dan merayu dan memohon simpati British.  Namun tidak mendapat sokongan.
1902 -Tg Abdul Kadir ditangkap  dan dipenjarakan.
1906 -7 wilayah di selatan Siam dijadikan 4
1.    Pattani    
 2.  Yala    
3. Saiburi (Teluban)    
4.  Narathiwat

1909 -British mendesak Siam menandatangani “Perjanjian Anglo-Siam”.  Hasilnya
a.        Kuasa Siam ke atas Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu di Semenanjung diberi kepada British
b.      Gantinya British mengiktiraf  kuasa Siam ke atas Wilayah di Selatan Siam.
1922 –Pattani  terus  bersatu menentang Siam
1932 –Siam menjadi  Negara  Raja Berpelembagaan. Setiap  wilayah di selatan di anggap sebagai daerah di bawah kawalan Kementerian dalam negeri.


Siam di bawah Raja berpelembagaan 1932-1948
Siam mengasimilasikan org Melayu  dengan menyerapkan budaya Siam Budha melalui pengajaran sejarah  dan adat Siam di Sekolah.
1938-Siam kembali kpd. Pemerintahaan tentera apabila Field Marshall  Phibun Songram
berkuasa sebagai Perdana Menteri sekaligus sebagai Menteri  Dlm Negeri dan Menteri Luar  asimilasasi  sebelumnya diketatkan  melalui Dasar Rathaniyom

Pada  24hb Jun 1939 dengan rasminya ditukar namanya kepada Muang Thai (Thailand).Dasar  Phibun Songram   ialah:
a .Bahasa dan budaya Melayu  di ketepikan.tulisan jawi dihapuskan
b.hukum Islam diketepika n seperti  perkahwinan dan hukum faraid.memandangkan Agama Budha ialah agama rasmi,anak-anak sekolah dipaksa menyembah patung Budha.
c. pakaian  Melayu tidak di benarkan seperti  serban dan kain semutar yg menjadi  pakaian  org. Melayu Pattani.pakaian Barat diwajibkan
d. nama Melayu yg berunsur Arab tidaak dibenarkan.sebaliknya nama  Siam Budha dimestikan
e.orang Melayu yg gemar makan sirih tidak dibenarkan. sirih  diharamkan
1941 Perang Dunia meletus Jepun menyerahkan kuasa ke atas 4 buah negeri ,Perlis,Kedah,Kelantan dan Trengganu  kpd Siam sebagai  membalas jasa Siam menyokong mereka.1944-orang Melayu di bawah pimpinan Tg Abd Jalal bin Tg Abd. Mutalib  masih menghantar bantahan kpd. Perdana menteri tetapi tidak dihiraukan.

1945 - tamat Perang Dunia 2
1947 - Hj Sulung Presiden  Majlis Agama Islam Pattani menuntut  kpd Inggeris agar wilayah selatan Siam diberi kuasa  autonomi. Namun ditolak.
1948-keadaan semakin memuncak ,orng  Melayu Pattani terus memberontak.Hj Sulung ditangkap.
Selepas itu  lebih 6,000 orang  rakyat Pattani lari ke Semenanjung  Tanah Melayu mengikuti  saudara mara yang telah pun berhijrah ke Kelantan,Perak,Perlis dan,Kedah.ada juga di antara mereka yang berhijrah ke Mekah.Ini  terjawab kenapa saya mempunyai  saudara mara di Tanah Suci itu.
Hingga ke hari ini rakyat Pattani masih berjuang untuk menuntut hak mereka.Mereka ditindas dan hidup dalam ketakutan hari hari.
Seorang berbangsa  Inggeris pernah bertanya “Apakah yg mereka mahu dan tidak puas hati?”.Saya  menjawab bahawa pihak Inggerislah yang menjadi penyebab  ketidakpuasan hati mereka.kerana dasar penjajah Inggeris  Ialah ;
 1.We came to set to conquer  2.Then we have the power to distribute and lastly 3.We want the order  to be followed.
Semasa saya masih kecil saya masih ingat lagi ayah saya  menghampar  tilam kuning untuk menyambut kedatangan Tg. Petra keturunan Raja Pattani.mereka mengangkat sembah kpd baginda. Baginda menziarahi saudaranya Tg Abdul Jalal yg   dibuang daerah dan tinggal di hadapan rumah saya di Changkat Jering.Pada masa pemerintahan British Semua gelaran Tengku dan Wan telah dibuang dari pangkal nama keluarga saya.
Cuma satu yang saya  amat kesali ialah, cucu-cucu saya sudah tidak boleh berbahasa Pattani.anak anak saya Anis Hidayu, Anis Fatina dan Azhan Jihadi  masih fasih  bertutur dalam loghat ini,Alhamdulillah.

Di petik oleh : Perihatin

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)