Hafsham Dzulkifli: Oh Pattani
Oh Pattani
Sebuah wilayah islami
Kenapa jadi begini
Terus sahaja ditindasi
Anak kecil berlari-lari
Muda dan tua sedang mengaji
Bom ada sana sini
Jangan leka sesekali
Ramai yang menangis
Hati selalu terguris
Musuh muka bengis
Peluru tidak mampu di tangkis
Pattani kini sepi
Jauh di pelusuk bumi
Ada juga tidak kenali
Dimanakah pattani
Pengkhianat sukar dikesani
Katanya berjuang sekali
Ingat balasan Allah nanti
Tidak akan mampu dilepasi
Dendam tidak pernah henti
Akan tuntut suatu hari nanti
Merdekakan negeri pattani
Memerintah dengan sendiri
Kenapa berdiam diri
Tidak perlu musuh ditakuti
Ini perjuangan suci
Pasti akan diredhai
Pattani kian hari
Setiap waktu ada yang mati
Haruskah terus begini
Sama-sama renungi
Writer: Hafsham Dzulkifli
No comments:
Post a Comment