Doktrin / aliran atau Wahdatul Wujud menjadi sangat kuat pengaruhnya pada zaman Ibu Arabi ( Muhyiddeen al-Arabi ) tetapi kemudiannya muncul doktrin Wahdatul Syuhud yang dipelopori oleh Syeikh Ahmad Sirhindi sebagai kritikan kepada doktrin yang pertama.
Istilah Wahdatul Wujud ( kesatuan dalam kewujudan ) tidak pernah digunakan oleh Ibnu Arabi tetapi istilah ini dicipta oleh Ibn Taimiyyah yang merupakan pengkritik terhadap Ibn Arabi. Namun,menurut Shah Waliyullah al-Dihlawi ( 1703-1762 ) seorang ulama’ abad ke 18 mencadangkan supaya satu interprestasi baru terhadap teori Ibn Arabi ini perlu dilakukan bagi menggelak dari kekeliruan yang berpanjangan.
Interprestasi ini perlu kerana Ibn Arabi tidak mengatakan Tuhan dan alam ini adalah satu tetapi interprestasi itu dilakukan oleh dua orang pengikutnya iaitu Sadr al-Din al-Qunawi dan Abd Rahman Jami kerana mentafsirkan teori jadi begitu.
Kedua-dua aliran / doktrin ini pada zahirnya Nampak berbeza namun intipatinya tidak berbeza. Ia hanya perbezaan semantic sahaja. Kedua-duanya mengakui bahawa Allah ( SubhanahuwaTa’ala ) adalah Wujud Mutlak. Ahmad sirhindi bukan menyangkal Ibnu Arabi tetapi menyangkal salah fahaman konsep tersebut sahaja.
WAHDATUL WUJUD : Ibnu Arabi melalui pengalaman kerohaniannya mengatakan bahawa alam ini adalah menifestasi Tuhan ( mazhar )
Contoh mudah :
Ingatkan dalam minda bahawa Tuhan itu ada.Cuma baru wujud dalam minda sahaja,yakni wujud hakiki; bukan wujud yang sebenar ( wujud mutlak ). Alam dan isinya ini mempunyai satu perkongsian diri yang telah sediada dalam ilmu Tuhan seperti matahari dan cahaya.Ia tidak terpisah tetapi bukan bersekutu.
Tetapi teori ini menganggapnya satu.Dengan itu ia juga mempunyai ciri-ciri yang sama.
WAHDATUL SYUHUD :
Ahmad Sirhindi pula melalui pengalaman kerohaniannya mengatakan ianya adalah bayangan Tuhan ( zill ).
Contoh mudah :
.Ahmad Sirhindi mengatakan ada dua wujud yakni wujud Tuhan dan wujud alam ini dari bayangan Tuhan. Alam ini wujud seperi imej bayangan pada cermin.Objek di dalam cermin itu tidak mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri imej sebenar malah ia mempunyai cirri-ciri yang bertentangan seperti dicontohkan tidak boleh mencium bau, tidak boleh bercakap dan seumpamanya.
Menifestasi dan bayangan adalah dua perkataan yang agak sama kerana kedua-duanya ( menifistasi dan bayangan ) adalah wujud yang tidak hakiki yang bergantung kepada wujud mutlak ( wujud yang sebenarnya )
Ahamd Sirhindi telah bersuluk secara serius membolehkannya mencapai satu maqam yang lebih tinggi daripada apa yang dicapainya sebelum ini.Iaitu satu maqam yang lebih tinggi daripada Wahdatul Wujud yang kemudiannya diistilahkan oleh Sirhindi sebagai Wahdatul Syuhud. ( kesatuan dalam kesedaran /penyaksian kerohaniah ).
Sirhindi menyifatkan bahawa teori Wahdatul Wujud itu menyimpang berdasarkan kepada 5 aspek :
i.Wahdatul wujud bukanlah tauhid yang diajar oleh Nabi dan Rasul kerana mereka mengajar Tuhan itu Esa manakala perkataan wujud itu tidak membawa maksud satu.
ii.Teori ini bertentangan dengan prinsip asas Islam jika disalah tafsirkan seperti keharusan menyembah berhala,tiada kejahatan yang sebenar;kerana semua perlakuan makhluk itu dari Allah belaka (jabbariyah).
iii.Teori ini adalah perkara yang subjektif dan boleh ditafsirkan mengikut kefahaman masing-masing.
iv.Teori ini adalah yang baru dalam ilmu kesufian dan tidak pernah disebut oleh mana-mana ahli sufi.
v.Teori ini tidak memerlukan latihan suluk untuk mencapai fana’; berlainan dengan Wahdatul Syuhud yang memerlukan suluk dan keikhlasan hati yang tidak berbelah bagi kepada Allah ( Nafi Isbat ).
Tokoh Mujaddid,Shah Waliyullah al-Dihlawi
No comments:
Post a Comment