Sunday, May 2, 2010

Kaitan Wali Songo Dengan Para Ulama Kelantan-Patani

Ini sebahagian tulisan dari Ustaz Wan Mohd Shaghir yg dipetik dari Utusan 24 Julai 2006:


“Syeikh Wan Muhammad Arifin Syah al-Jarimi al-Fathani….Syeikh Wan Muhammad Arifin Syah pernah menjadi ketua pemerintahan di Cabang Empat Patani….Ada orang meriwayatkan bahawa beliau adalah adik-beradik dengan Saiyid Jamaluddin al-Husein al-Kubra

"…..Beberapa penulis Indonesia tidak menerima pendapat bahawa beberapa Wali Songo itu berasal dari Campa, mereka tidak mengetahui istilah ‘Cam’ dan hubungannya dengan Patani.Oleh itu mereka berpendapat ‘Campa’ itu kemungkinan adalah ‘Jeumpa’ yang terletak di Aceh".

Sebagai contoh dapat dibandingkan dengan tulisan Widji Saksono dalam bukunya Mengislamkan Tanah Jawa, Di manakah letak Campa ? Untuk menetapkan letak negeri ini Prof. Dr. Hoesein Djajadiningrat mengajukan kutipan dari Sejarah Banten Rante-Rante yang meriwayatkan bahwa sepeninggal Raden Rahmat ke Jawa, Campa diserang oleh Raja Koci.

Riwayat ini diperkuat pula oleh Walisana (IV: 21-22) yang juga menyatakan bahwa Kerajaan Campa akhirnya binasa kerana digempur oleh Raja Koci. Sejarah Banten juga memperkuat berita ini, hanya saja disebutkan bahwa penggempurnya adalah Raja Pelbegu dan Sengora. Di manakah letak Campa, Koci dan Sengora itu secara pasti, Dr. Hoesein menyatakan tidak tahu. (Mengislamkan Tanah Jawa, Penerbit Mizan, 1995 M, hlm. 25). Perlu saya jelaskan bahawa hingga ke zaman Syeikh Ahmad al-Fathani (wafat 11 Zulhijjah 1325 H/Januari 1908 M) masih terdapat surat-surat dari orang-orang Cam/Campa (Kemboja) kepada ulama yang berasal dari Patani itu……Ada pun Sengora bahasa Melayu yang asal ialah Senggora kemudian ditukar oleh pemerintahan Thailand dengan Songkhla. Senggora terletak arah ke utara Patani, salah seorang ulama yang berasal dari Senggora ialah Syeikh Abdullah bin Qasim as-Sanquri (Senggora) ahli qiraat di Mekah yang sangat terkenal pada zamannya………..bahawa asal mula negeri Cam itu sebenarnya adalah dibuka oleh penyebar-penyebar Islam dari Fathani Darus Salam (Patani) bersama-sama para zuriat Rasulullah s.a.w. yang akan menyebarkan Islam ke negeri China. Akhirnya pada praktik bukan saja ke negeri China tetapi juga menurunkan Wali Songo di Jawa dan tempat-tempat lainnya di seluruh alam Melayu.”

perihatin

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)