Sunday, May 2, 2010
Maharaja Kumara Radin Mas Ariya di-Gunung Raja Kelantan dan Empayar Cermin
Darah keturunan Kerabat Kelantan-Patani yang menurunkan keturunan Wali Songo di Jawa ialah Syariff Hidayatullah atau Sunan Gunung Jati (gambar sebelah). Misi mengislamkan di Pulau Jawa ialah kerabat-kerabat ulamak Kelantan dan Patani. Kerabat ulamak Kelantan dan Patanilah yang memegang amanah besar ini untuk mengislamkan Jawa dan ke seluruh alam Melayu. Kita harus bersyukur dan terhutang budi pada Kerabat Ulamak-Ulamak dari Kelantan dan Patani.
Pada masa peperangan dasyat dengan Siam dalam tahun 1600-an, 4 buah negeri Tanah Melayu telah bergabung iaitu gabungan Patani-Kelantan-Terengganu dan Kedah daripada pencerobohan Siam. Pada masa peperangan dasyat ulamak-ulamak dari 4 buah negeri inilah banyak memainkan peranan dalam mempertahankan agama dan bangsa. Ramai hulubalang-hulubalang Melayu adalah terdiri daripada ulamak dan keturunan ulamak.
Kelantan-Patani adalah pusat strategik untuk menyebarkan Agama Islam ke seluruh Nusantara. Kelantan dan Patani telah melahirkan banyak para tok wali. Ramai ulama yang berasal dari sini:
1. Syeikh Haji Wan Mustafa (Tok Bendang Daya 1)
2. Syeikh Muhammad Zain Al-Fathani
3. Syeikh Ahmad Al-Fathani
4. Syeikh Daud Al-Fathani
5. Tuan Tabal - Penyebar Thariqat Ahmadiyah pertama di Nusantara
6. Tok Wan Din al-Fathani - Penyalin karya Syeikh Daud al-Fathani
7. Abdul Qadir al-Fathani (Tok Bendang Daya II)
8. Syeikh Abdul Lathif al-Fathani - Sebar Islam dengan seni lagu al-Quran
9. Syeikh Wan Ali Kutan - Guru para ulama Melayu
10. Ya`qub al-Kalantani- Penyebar Islam di Brunei dan Sabah
11.Tok Kelaba al-Fathani - Menyalin pelbagai manuskrip Melayu
12.Tok Selehor Kelantani - Berdakwah lewat puisi
13.Syeikh Muhammad Nur Al-Fathani- Pembesar dua pemerintah Mekah
14. Tok Bermin
15. Syeikh Abdul Mubin Al-Jarimi Al-Fatani - Guru Sultan Pahang
16. Ismail al-Kalantani - Mufti Kerajaan Pontianak (Ulamak Kelantan Ke kerajaan Pontianak,Kalimantan Indonesia).
17. Wan Ismail Al-Jambui Al-Fathani — Kadi Jambu, Patani
18. Tengku Muhammad al-Fathani
19. Syeikh Jalaluddin al-Kalatani - Perintis pengajian pondok Seberang Perai
20. Nik Mahmud - Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan(Penulis Kitab Pati Rahsia)
21. Tuan Minal al-Fathani - Karangannya rujukan ulama Melayu
22. Wan Fatimah al-Kalantani - Wanita Melayu alim di Mekah
23. Syeikh Nik Mat - Hakim Mahkamah Syarie di Mekah
24. Kiyai Muhammad Shalih al-Fathani
25. Syeikh Muhammad al-Fathani - Ulama pembesar Turki
26. Tok Pulai Chondong ulama sufi berwibawa Kelantan
27. Abdul Rahman Al-Kalantani - Mufti terakhir kerajaan Mempawah (Ulamak Kelantan menyebarkan Islam di Kalimantan Barat, Indonesia).
28. Tok Kadok
29. Muhammad Yusof Ahmad (Tok Kenali)
dan banyak lagi nama-nama ulamak yang hanya berasal dari Kelantan dan Patani tidak tersenarai di sini. Mereka banyak memainkan peranan sebagai ulamak, pembesar dan mufti bukan sahaja di seluruh pelusuk Tanah Melayu dan nusantara bahkan ke Turki dan Mekah. Koleksi Ustaz Wan Mohd Shaghir boleh buka laman web archive utusan setiap hari Isnin.
kesah ini ada terdapat dalam Ming Shi-Lu :
perihatin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment