Hilliyatul Auliya: Sifat Wali-Wali Allah
Saidina Umar ibni Khattab telah bercerita , bahawa pada suatu hari Nabi SAW telah menerangkan tentang Wali-Wali itu, sabdanya:
"Bahawa ada manusia di antara hamba-hamba Tuhan yang bukan Nabi-nabi dan bukan pula syuhada', tetapi pada hari kiamat beroleh kedudukan yang tinggi sama dengan kedudukan Nabi-nabi dan syuhada' itu pada sisi Tuhan.'' Seorang bertanya :''
Siapakah mereka itu ,ya Rasulullah, dan apakah amalan-amalan yang dikerjakan ?Terangkanlah kepada kami ,agar kami mencintai mereka itu dan mengambil daripadanya suri tauladan!''
Maka kata Rasulullah :
'' Mereka itu adalah segolongan manusia yang cinta-mencintai antara satu sama lain kerana ruh Allah semata-mata, terdorong oleh cinta kepada Tuhan semata-mata, tidak disebabkan oleh rasa belas kasihan atau oleh sesuatu ikatan antara satu sama lain, tidak pula digerakkan oleh keinginankepada harta-benda.Demi Allah,wajah mereka itu bersinar-sinar, singgahsana mereka itu terbuat daripada nur yang kilau-kemilau, mereka tidak merasa gentar dan takut di kala manusia yang lain cemas dan ngeri, tidak merasa khuatir di kala orang-orang lain berputus asa.''
Rasulullah mengerluarkan kata-kata ini dengan rasa terharu, dan menutup huraiannya dengan firman Tuhan:
''Bukankah wali-wali Allah itu tidak merasa takut dan tidak pula merasa cemas dan ngeri ?''
Firman Allah: "Mereka dimasukkan ke syurgaKu hanya dengan ucapan pengakuan:
'Tiada Tuhan melainkan Allah.'
(hadith Qudsi)
sumber: Penghantar Ilmu Tarikat & Tasauf oleh Prof.Dr.Abu Bakar Atdjeh

No comments:
Post a Comment