by Darul Iman STuesday, May 4, 2010 at 2:45pm
Batu Bersurat Terengganu dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun. Ia mempunyai ukiran yan gpaling tua dan tulisan jawi pertama di Malaysia. Bertarikh 702 dan ditemui di Hulu Terengganu.
Pada tahun 1922 penasihat Inggeris di Terengganu HS. Peterson meminta seorang jurufoto Jepun N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar ke C.O. Blegden untuk dikaji dan dibuat pembacaan.
Pada tahun 1923 batu Bersurat ini telah dibawa ke muzium Singapura. Dipindahkan ke Kuala Lumpur apabila muzium Negara siap. Pada tahun 1991, jemaah menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat Terengganu dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.
Muka pertama
1. RasululLah dengan yang arwah santabi mereka
2. Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
3. Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
4. Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja.
5. Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
6. Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
7. Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
8. Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
9. Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
10. Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
11. Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.
No comments:
Post a Comment