Saturday, July 3, 2010

SIAPAKAH KITA? DARI MANA DAN AKAN KE MANA? DAN APAKAH DIA RUH DAN KALBU?


"Sesungguhnya dalam jasad anak Adam itu ada seketul daging bila ia baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya."(kalbu/hati)

Hati itu juga dipanggil "hakikat keakuan"-aku itu aku ini.aku...aku...aku.."Aku"
itulah yg sebenarnya hakikat insan kerana ia ganti nama bagi ruh atau Kalbu dan dia laksana Tok Dalang wayang kulit sedangkan tubuh badan atau anggota2 kasar yg lahir laksana belulang kering.Apabila ia bercerai dari tubuh badan kasar nescaya jadi tubuh badan itu sebatang karah umpama tunggul kayu yg menunggu hancur reput..

Dialah yg akan menerima hukuman pembalasan samada baik atau jahat di negeri akhirat,dialah yang memerintah negara2 besar di dunia ini.Dialah yg menakluki makhluk2 ini menjadi hamba abdi kepadanya,dialah yang menundukkan benda2 jamadat,nabatat dan hayawanat taat di bawah perintahnya,dialah juga punca hikmat dijadinya alam ini,kalau tidak kerananya sudah tentu segala makhluk dan syurga neraka tidak terjadi..

Dia datangnya dari alam ghaib atau alam al-amr,oleh itu dia akan kembali ke alam ghaib.Ia wujud sebelum alam kasar atau alah syahadah (kenyataan) ini wujud.Ia ditumpangkan ke alam dunia tempat sementara ini kerana ada tujuan untuk menerima ujian.Ia datang dari alam kejadian Tuhan yg aneh(ruhaniah),yg tidak menerima binasa dan fana selama-lamanya.

Dialah yg menanggung rasa bahagia atau celaka di akhirat,dialah yg akan menerima suka duka dunia akhirat.Dialah yg sudah mengenali Tuhan di alam aruah sebelum benda-benda atau apa-apa ini dijadikan.Dialah yg mengetahui segala hakikat suatu dengan tanggapan ilmunya.Dialah yg sudah hidup,melihat,mendengar,bercakap dan seterusnya bersifat dengan sifat-sifat ma'ani sebelum ia bercantum dengan tubuh badan kasar.

Dialah yg digelarkan fitrah Allah* yang sudah mengenali dan mengetahui agamaNya dengan tidak payah belajar atau mentelaah kitab di alam aruah yakni ia sudah mengenali segala-galanya sebelum ia dihantar atau dicantum dengan alam kasar(syahadah)ini.Malah ia pernah mengakui dan menyaksi dialam aruah bahawa Tuhan Yang Esa itu ialah Allah bagaimana diceritakan dalam Quran dengan FirmanNya:

"Tidakkah Aku ini Tuhan Kamu? Mereka menjawab bahkan."(ye benar).

Dialah juga dijadikan sebab diutusnya rasul-rasul ke alam dunia ini untuk mengawasi dan mengingati kembali mengenai perkara-perkara agama yg sudah manusia mengenali di zaman aruah dahulu,mudah-mudahan supaya manusia tidak mengotor fitrahNya malah hendaklah sentiasa bersih dari awal sampai akhir..
Firman Allah..:

"Dialah fitrah yang Allah jadikan sesuai pada manusia,tidak dapat diubah-ubah lagi pada kejadian Allah,itulah agama Allah yg betul".

Adapun orang-orang yang tiada menerima dan tiada mempercayai agama Allah yang disampaikan oleh rasul-rasul di dunia ini maka itulah tandanya mereka sudah mengotor fitrah bersih mereka yang asli dan sudah terpesong dari kebersihannya,dengan sebab itu mereka berhak mendapat gelaran "kufur" disisi Allah dan sewajarnya mereka akan kekal di dalam neraka Na'uzubillahimin zalik.
Dialah juga tidak dijadikan atau dihantarkan ke alam syahadah ini melainkan dengan ada hikmah ubudiyyah iaitu beribadat dan berbakti kepada Allah,FIRMAN ALLAH:

"TIDAAKLAH AKU JADIKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN SUPAYA BERIBADAT KEPADA AKU"

Dari huraian-huraian tersebut dapatlah kita mengerti dan dan faham seksyen-seksyennya:

. Siapakah kita?
. Dari mana kita datang?
. Di mana kita sekarang?
. Dan akan ke manakah kita?


"MENGENAL ALLAH DENGAN ALLAH"


"PERBEZAAN-PERBEZAAN KALBU,RUH,NAFSU DAN AKAL"

Perkataan atau kalimah-kalimah kalbu,ruh,nafsu dan akal itu tetap berbeza dan tidak serupa pada sebetun dan bentuk tetapi pada hakikatnya adalah satu pada tujuan dan maksudnya.Ikutilah huraian-huraian bagaimana dibawah ini:

PERKATAAN KALBU ADA DUA PENGERTIAN:

YANG PERTAMA: Kalbu makna yang pertama ialah kalbu lahir atau yang di katakan hati kasar iaitu seketul dagin besar segempal tangan terletak dalam dada sebelah kiri manusia.Hati jenis ini berungga dan jadi tempat mengisi dan mengepam darah untuk menjalar keseluruh urat saraf manusia.Hati ini memang dapat dilihat,dijamah dan dikerat belah oleh pisau.Ia akan hancur dan busuk berulat bila mati.Hati jenis ini terdapat sama pada jenis haiwan-haiwan yang tidak berakal yang mana tidak dinilai sedikit pun disisi Allah.

YANG KEDUA: Kalbu dengan makna yang kedua ialah hati batin atau hati seni yang tak dapat dilihat dengan mata kasar,tak dapat dijamah dengan tangan dan tak dapat dikerat potong oleh pisau,tetapi ia dapat dirasa oleh pengakuan batin sendiri tentang wujudnya,dan iaitu ialah suatu kejadian yang "LATIFAH RABBANIYYAH" atau yang dapat kita bahaskan dengan hati seni kejadian Tuhan yang ruhani.Hati ini yang berhubung rapat dengan kerja-kerja hati kasar tadi.Perhubungan kerja di antara kedua-duanya itu ialah suatu perkara yang tidak dapat diterangkan oleh seluruh otak doktor jenis manusia kerana hati batin umpama ini datang dari kejadian alam ghaib manakala hati kasar adalah dari benda-benda alam kasar ini.Bandingannya boleh diberi begini: Hati batin itu laksana raja pemerintah dan hati kasar itu laksana istana raja tempat ia bertakhta dan anggotaa-anggota lahir umpama kaki,tangan dan sebagainya laksana rakyat jelata.Ia akan patuh kepada perintah raja;hati jenis ini tidak akan busuk,berulat dan tidak akan hancur buat selama-lamanya bila tubuh relai dari nyawa,dialah yang akan menemui alam akhirat.Dialah yang berasa bahagia dan berasa celaka di dunia atau akhirat...

Dengan hati latifah rabbaniyyah inilah maka hati kasar (jantung) itu dapat hidup dan berdenyut.Ia mempunyai sifat-sifat ta'aqqul dan juga sifat-sifat ma'ani dari sejak ia di jadikan di alam aruah yakni sebelum ia bercantum dengan alam kasar ini.
Ahli-ahli falsafah dan tasauf adalah bersependapat dan menamakan hati jenis ghaib ini yakni ia bukan dari jenis benda,jirim atau aradh bahkan ia atau zatnya dapat berdiri sendiri dan terkaya daripada tubuh-badan kasar. Hati dengan makna kedua inilah hakikat kejadian manusia yang mempunyai tanggungjawab kepada Tuhan dunia-akhirat,dengan huraian-huraian semacam ini penulis berharap dapat memuaskan hati pembaca.

PERKATAAN RUH ADA DUA PENGERTIAN:

YANG PERTAMA-Ruh tabi'i namanya iaitu suatu kejadian wap atau gas yang keluar dari dalam hati kasar atau jantung yang berisi darah hitam.Wap atau gas itu berjalan dengan lancarnya ke seluruh bahagian urat-saraf dalam anggota tubuh manusia.Bandingannya samalah seperti cahaya lampu dalam sebuah rumah,ia dapat menyampaikan sinaran cahayanya ke seluruh ceruk dalam rumah itu.Ruh macam inilah digelar oleh doktor-doktor dunia hari ini dengan nama istilahnya "ruh" .Tetapi penulis lebih cenderung pengertian yang di istilahkan oleh doktor itu dapat dipadankan kepada istilah bahasa Melayunya "nyawa" .Jika logik demikian maka jadilah istilah pengertian doktor itu adalah sama dengan pengertian "nyawa" yang ada pada jenis-jenis haiwan yang tidak berakal itu wap atau gas yang terjadi dari angin keluar masuk dari udara ke dalam jantung dan paru-paru.Pada hal ruh yang sebenar ialah ruh dari kejadian ghaib bukan dari jenis benda angin atau sebagainya,ruh makna yang pertama ini tidak ternilai sedikit pun di sisi Tuhan.

YANG KEDUA-Ruh makna yang kedua ialah suatu kejadian dari alam keanehan Tuhan yang dibahasakan kepada latifah rabbaniyyah iaitu serupalah dengan pengertian kalbu pada makna yang kedua tadi,Oleh itu ruh dan kalbu masing-masing dengan pengertian yang keduanya adalah sama pada hakikat dalam erti yang satu iaitu suatu kejadian Tuhan yang seni (latifah rabbaniyyah). Malah ia berbadan halus dan seni dan berupa bagaimana bentuk badabn kasar kita masing-masing.

Ruh pengertian yang kedua ini tidak dapat dimengertikan sama sekali oleh seluruh otak manusia dari jenis apakah ia dijadikan?Dan bagaimana dikimia atau diramunkan,FIRMAN ALLAH:

"DAN MEREKA LAGI AKAN BERTANYA KEPADA ENGKAU WAHAI MUHAMMAD,BERKENAAN RUH HENDAKLAH ENGKAU JAWAB KEPADA MEREKA BAHAWA RUH ITU ADALAH DARIPADA URUSAN PERKERJAAN TUHAN".

Perkataan Nafsu ada dua pengertian:

Yang Pertama - Nafsu makna yang pertama ialah suatu pengertian yang meliputi segala tabiat-tabiat:Marah,nafsu berahi dan syahwat dan termasuk juga sifat-sifat yang keji umpama hasad dengki,dendam kesumat,tamak haloba,ria' dan sebagainya.Sifat tersebut sama saja wujudnya pada kejadian binatang dan manusia,sedikit atau banyak tetapi ia tiada sama sekali pada kejadian malaikat.SABDA NABI S.A.W.:

"SEJAHAT-JAHAT MUSUH ENGKAU IALAH NAFSU ENGKAU YANG TERLETAK DI ANTARA DUA LAMBUNG ENGKAU"

Maksudnya hati engkau yang berhawa nafsu jahat,dan dengan sebab nafsu inilah datangnya syarak atau agama Allah menuntut setiap orang supaya menyuci dan mengawasinya setiap ketika.

Yang Kedua - Nafsu dengan makna yang kedua ialah suatu kejadian "latifah rabbaniyyah" bagaimana huraian dalam pengertian yang kedua pada ruh atau kalbu yang demikian tadi,oleh itu kalimah-kalimah: Nafsu,Kalbu dan Ruh bolehlah dipakai kepada suatu hakikat latifah yang sama pada jenis kejadian manusia dan sangatlah jauh bezanya dengan makhluk-makhluk lain yang umpama binatang.

Tetapi jika *diitlaqkan nafsu itu maka ghaibnya dipakai kepada nafsu yang jahat,nafsu jahat itu apabila digosok dan dicuci dengan sabun-sabun zikir kepada Allah dan diberus dengan tembaga mujahadah dan ikhlas kepada Allah serta dipandu dan dipimpin pula oleh guru/Al-Quran yang ahli maka sedikit demi sedikit akan terkikislah sifat-sifat karut kejahatan nafsu tadi,kemudian menunggu ia ketibaan" warid" atau nur dari Allah dan kemudian ia akan berpeluang pula mengecap dzauq atau syuhud yang kita gelarkan dia dengan hakikat dan makrifat,di waktu itu maka nafsu jahat tadi akan bertukar mendapat gelaran baru iaitu nafsu mutma-innah yakni nafsu yang terang dan teguh dari mendapat godaan syaitan,dengan itu bererti ia sudah masuk ke dalam darjah permulaan wali kecil wilayah sughra..

Tetapi sebelum sampai kepada maqam nafsu mutma-innahh (wali kecil) maka nafsu tadi tak dapat tidak mesti menempuh jalan tiga peringkat:

YANG PERTAMA: Peringkat "amma-rah" namanya iaitu nafsu yang sentiasa suka dan pecah liur kepada kejahatan.Nafsu peringkat ini adalah sejahat-jahat dan sehina-hina nafsu dari peringkat-peringkat lain.

YANG KEDUA: Peringkat "lawwa-mah" namanya iaitu nafsu yang kerap kali mengkritik diri sendiri apabila ia terjatuh ke dalam lembah angkara dosa,dan cepat-cepat ia bertaubat dan meminta ampun kepada Allah serta menyesal,nafsu ini tinggi sedikit daripada peringkat pertama.

YANG KETIGA: Peringkat "mulhamah" namanya iaitu nafsu yang telah bersih dari segala kotoran hati peringkat pertama dan yang kedua tadi,oleh itu ia selalu dapat ilham-ilham yang berguna dan luarbiasa.Nafsu ini memang lebih tinggi daripada nafsu peringkat yang kedua.

PERKATAAN AKAL JUGA ADA DUA PENGERTIANYA:

YANG PERTAMA: Akal dengan makna pertama ini ialah akal dengan tabiatnya dapat memikir dan mengetahui segala hakikat sesuatu.

YANG KEDUA: Akal dengan makna yang kedua ini ialah akal yang alim dengan ilmunya adalah sebagai sifat bagi akal.Pengertian yang seumpama ini adalah sama dengan pengertian "latifah rabbaniyyah" bagaimana telah dihuraikan,itu kerana tidak mungkin apa yang dimaksudkan dengan akal itu melainkan dengan pengertian yang kedua pada perkataan kalbu dan ruh itu jua..
SABDA NABI S.A.W.:

"AWAL-AWAL BENDA DIJADIKAN OLEH ALLAH TAALA IALAH AKAL,KEMUDIAN BERKATA ALLAH KEPADA AKAL:BERHADAP OLEHMU.MAKA BERHADAP IA,KEMUDIAN BERKATA ALLAH KEPADANYA:PERGI OLEHMU,MAKA JAUH IA".

Jadi dengan huraian-huraian yang lepas jelas kepada kita bahawa apa yang di maksudkan dengan kalimah-kalimah kalbu,ruh,akal dan nafsu yang berlainan sebutan bagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis dan ayat-ayat Quran itu adalah satu erti jua pada hakikatnya iaitu "latifah rabbaniyyah" yang dibahasakan kepada ruhani.Cuma yang berlainan ialah bentuk dan sebutan kalimah-kalimah jua kerana mengikut pandangan dan iktibar dari segi-segi perkembangan jua: Iaitu apabila ia kekal di dalam zulmah syahwat nafsu dan maksiat maka pada ketika itu dinamakan "nafsu". Apabila ia berasa gerun dan takut hendak melakukan maksiat dengan sebab terfikir bahawa perbuatan umpamanya itu suatu perkara yang dibenci Allah dan masyarakat dan maka di waktu itu ia dinamakan "akal". Apabila ia tenang di bawah peraturan cahaya taat tetapi perasaannya sentiasa berbaik-baik dalam hal perkara tadbir kehidupan dunia maka ketika itu dinamakan "kalbu" yang ertinya berbalik-balik, dan apabila ia tenang dan tetap jelira dengan Allah serta dibukakan mata ruhnya basirah dan di syuhudkan nur aslinya maka pada ketika itu ia dinamakan "ruh".

DI sana terdapat pula "sirr" namanya iaitu apabila ia (nafsu) sudah bersih dari tarikan tabiat jahat hingga terjadi ia sebagai rahsia dan sirr semata-mata maka diwaktu itu dinamakan "sirr".Tetapi semua nama-nama istilah itu tak lari daripada satu hakikat jua iaitu latifah rabbaniyyah namanya.

Inilah dia LATIFAH RABBANIYYAH satu daripada rahsia-rahsia yang datang dari alam ghaib Allah s.w.t.FIRMAN ALLAH:

"KATAKANLAH,RUH ITU SATU DARIPADA URUSAN RAHSIA-RAHSIA ALAM TUHAN YANG GHAIB".

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)