Monday, February 14, 2011

9 JENIS PEMBAZIRAN YG TIDAK DISEDARI

by Ku Iskandar on Sunday, January 30, 2011 at 11:51pm

iIbnu Qayyim al-Jauziyah, seorang ulama’ dan tokoh gerakan dakwah Islamiah dan menjadi murid kepada ulama’ terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Karya ilmiahnya banyak dijadikan panduan dalam gerakan dakwah Islam. Ibnu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi). Antara karya beliau ialah tentang sembilan pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia :-Ilmu Pengetahuan Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.Amalan Membazir jika dilakukan dengan hati yang tidak ikhlas.Kekayaan Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah SWT.Hati Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.Tubuh badan Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.Cinta Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.Masa Membazir jika tidak diurus sebaiknya.Akal Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.Zikir Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.Antara pesanan Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam. Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak. Tidur pada waktu yang dilarang tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah amalan itu boleh mendatangkan kemudharatan dan hukumnya adalah makruh.

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)