Monday, February 14, 2011

Ilmu Kalam


Dalam buku Theologi Islam karangan Ahmad Hanafi MA. Menyebutkan:
Ilmu kalam ialah ilmu yang membicarakan tentang wujudnya Tuhan(Allah), sifat-sifat yang mesti ada padaNya, sifat-sifat yang tidak ada padaNya  dan sifat-sifat yang mungkin ada padaNya dan membicarakan tentang Rasul-Rasul Tuhan, untuk menetapkan kerasulannya dan mengetahui sifat-sifat yang mesti ada padanya, sifat-sifat yang tidak mungkin ada padanya dan sifat-sifat yang mungkin terdapat padanya.

Ada yang mengatakan bahawa Ilmi kalam ialah Ilmu yang membicarakan tentang menetapkan kepercayaan-kepercayaan keagamaan (agama Islam) dengan bukti-bukti yang diyakini.

Ibnu Khaldun mengatakan, Ilmu Kalam ialah Ilmu yang berisikan alasan-alasan bagi mempertahankan kepercayaan –kepercayaan Iman dengan menggunakan dalil-dalil fikiran dan berisi bantahan terhadap orang-orang yang menyeleweng dan kepercayaan-kepercayaan aliran golongan salaf dan Ahlul Sunnah.

Masih ada defisi-defisi lainnya, akan tetapi semuanya itu membincangkan kepercayaan diatas dan cara menguraikankepercayaan-kepercayaan itu, iaitu kepercayaan tentang kebenaran khabar yang dibawa oleh Rasul, tentang alam Ghaib, seperti ahirat dan lain-lain.

Didalam nas-nas  yang terdapat didalam beberapa kitab-kitab muktabar, terdapat perkataan al-Kalam yang menunjukkan suatu Ilmu yang terdiri sendirisebagaimana yang diertikan sekarang.. Erti semula dari perkataan Al Kalam ialah kata-kata yang tersusun yang menunjukkan sesuatu maksud. Kemudian digunakan untuk menunjukkan salah satu sifat Tuhan, iaitu sifat berbicara (berkata: al nutqu). Dalam Quran banyak kita dapati perkataan Kalamullah, seperti dalam ayat 6 Al Baqarah, ayat 75, 253, dan An Nisaa’ ayat 164.

سُوۡرَةُ البَقَرَة

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ سَوَآءٌ عَلَيۡهِمۡ ءَأَنذَرۡتَهُمۡ أَمۡ لَمۡ تُنذِرۡهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ
“Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: Samada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.”  (Al Baqarah 2: 6)

سُوۡرَةُ البَقَرَة

۞ أَفَتَطۡمَعُونَ أَن يُؤۡمِنُواْ لَكُمۡ وَقَدۡ كَانَ فَرِيقٌ۬ مِّنۡهُمۡ يَسۡمَعُونَ ڪَلَـٰمَ ٱللَّهِ ثُمَّ يُحَرِّفُونَهُ ۥ مِنۢ بَعۡدِ مَا عَقَلُوهُ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ
“(Sesudah kamu wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?”  (Al Baqarah 2: 75)

سُوۡرَةُ البَقَرَة

۞ تِلۡكَ ٱلرُّسُلُ فَضَّلۡنَا بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬‌ۘ مِّنۡهُم مَّن كَلَّمَ ٱللَّهُ‌ۖ وَرَفَعَ بَعۡضَهُمۡ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ وَءَاتَيۡنَا عِيسَى ٱبۡنَ مَرۡيَمَ ٱلۡبَيِّنَـٰتِ وَأَيَّدۡنَـٰهُ بِرُوحِ ٱلۡقُدُسِ‌ۗ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ مَا ٱقۡتَتَلَ ٱلَّذِينَ مِنۢ بَعۡدِهِم مِّنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡهُمُ ٱلۡبَيِّنَـٰتُ وَلَـٰكِنِ ٱخۡتَلَفُواْ فَمِنۡہُم مَّنۡ ءَامَنَ وَمِنۡہُم مَّن كَفَرَ‌ۚ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ مَا ٱقۡتَتَلُواْ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ يَفۡعَلُ مَا يُرِيدُ
“Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya dan ditinggikanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan dan Kami berikan Nabi Isa Ibni Mariam beberapa keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan dia dengan Rohulqudus (Jibril) dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka). Tetapi mereka bertelingkah, maka timbullah di antara mereka: Orang yang beriman dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.”  (Al Baqarah 2: 253)

سُوۡرَةُ النِّسَاء

وَرُسُلاً۬ قَدۡ قَصَصۡنَـٰهُمۡ عَلَيۡكَ مِن قَبۡلُ وَرُسُلاً۬ لَّمۡ نَقۡصُصۡهُمۡ عَلَيۡكَ‌ۚ وَكَلَّمَ ٱللَّهُ مُوسَىٰ تَڪۡلِيمً۬ا
“Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan)”. (An Nisaa’4: 164)

Perkataan al Kalam sebenarnya adalah untuk menunjukkan suatu Ilmu yang berdiri sendiri sebagaimana yang kita kenal sekarang, ini untuk pertama kalinya digunakan pada masa Abbasiyah, atau pada masa al-Ma’mun. Sebelum masa tersebut, pembahasan tentang kepercayaan-kepercayaan dalam Islam disebut ‘al-fiqhu fiddin’ sebagai mengimbangi terhadap al fiqhu fi ilmi’ yang diertikan Ilmu Hukum (ilmu –qanun). Mereka berkata, al fiqhu fiddin afdlalu minal-fiqhi-fil ilmi.’ Abu Hanifah menamakan bukunya tentang kepercayaan-kepercayaan ‘Al Fiqhu al akbar.’.

Assyihristani berkata sebagai berikut: “Setelah Ulama-Ulama Mu’tazilah mempelajari kitab-kitab falsafah yang diterjemahkan pada masa Al Ma’mun, mereka  mempertemukan cara(system) flsafah dengan system Ilmu Kalam dan dijadikan ilmu yang berdiri sendiri dinamakannya Ilmu kalam. Sejak itu dipakailah perkataan al Kalam untuk Ilmu yang berdiri sendiri.

Ilmu ini dinamakan Ilmu Kalam kerana:

  1. Persoalan terpenting yang menjadi perbincangan pada abad-abad permulaan hijrah ialah ‘Firman Tuhan’ (Kalam Allah) dan tidak azalinya Quran (Khalq al Quran) kerana itu, keseluruhan isi Ilmu Kalam dinamai dengan salah satu bahagiannya yang terpenting.

  1. Dasar ilmu Kalam ialah dalil-dalil fikiran dan pengaruh dalil-dalil ini Nampak jelas dalam perbicaraan-perbicaraan para mutaqallimun. Mereka jarang-jarang kembali kepada dalil naqal(Quran dan hadis) kecuali sesudah menetapkan benarnya pokok persoalan lebih dahulu.


  1. Kerana cara pembuktian kepercayaan-kepercayaan agama menyerupai logic dalam falsafah, maka pembuktian dalam soal-soal agama ini dinamai Ilmu Kalam untuk membedakan dengan logic  dalam falsafah.

Ilmu Kalam juga dinamakan Ilmu Tauhid. Erti tauhid ialah percaya kepada Tuhan yang Maha Esa (MengEsakan Tuhan), tidak ada sekutu bagiNya. Ilmu Kalam dinamakan Ilmu Tauhid, kerana tujuannya ialah menetapkan keEsaan Allah dalam zat dan perbuatanNya dalam menjadikan alam semesta dan hanya Allah yang menjadi tempat tujuan terakhir  alam ini. Perinsip inilah yang menjadikan tujuan utama diutuskannya Nabi Muhammad s.a.w.

Ilmu Kalam inimenyerupai Thologi (Ilmu allahut) bagi orang-orang masehi, Ahli ilmu Kalam disebut Mutaqallimun. Golongan ini biasa dianggap sebagai golongan yang berdiri sendiri yang menggunaka akal fikiran (alasan-alasan fikiran dalam memahami nas-nas- (teks) agama dan mempertahankan kepercayaan-kepercayaannya. Mereka berbeda dengan golongan Hambali yang berpegang teguh kepada kepercayaan-kepercayaan orang salat. Berbeda juga dengan orang-orang tasawuf yang mendasarkan pengetahuannya (Ilmunya: Ma’rifrat) kepada pengalaman batin dan renungan atau kasyf (terbuka dengan sendirinya)

Mutaqallimuun juga berbeda dari golongan filosof yang mengambil sumber pemikiran-pemikiran falsafah Yunan menganggap bahawa falsafah itu benar seluruhnya. Juga mereka berbeda dengan golongan syi’ah Ta’ limiyyah (doctrinaire) yang mengatakan bahawa dasar utama untuk Ilmu, bukan yang didapati akal, bukan pula yang didapati dari dalil naqal (Quran dan hadis), tetapi didapati dari imam-imam mereka yang suci (ma’sum).
Perihatin

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)