1764-65M sewaktu USA baru beroleh merdeka dari British setelah George Washington menang perang di 13 wilayah komanwel, Istana Pattani dan raja terakhir, Raja Biru akhirnya berjaya dikepung oleh lebih 70,000 bala tentera siam Buddha setelah kedudukan Meriam Seri Pattani (yang terbesar abad itu) serta 3 yang lain, yang dibina dengan kepakaran Teknologi China diketuai oleh Cina muallaf bernama “Tok Kayan”, yang berpihak kepada kerajaan Islam Pattani, dibocorkan oleh anak melayu sendiri yang bersubahat dengan pihak Siam. Meriam Seri Pattani hingga kini diletak di depan Kementerian Pertahanan Thai, Bangkok. Istana dibakar. Raja Biru dipaksa turun tahta. Pattani jatuh 100% ke tangan Siam. Majapahit II di bawah Sultan Malikul Zahir atau Mahmud Shah, perlis, dan kedah seramai sekitar 100 ribu orang dipaksa membayar ufti kepada Sukhothai, jika tidak mahu diserang oleh lebih 200,000 tentera Buddha Sukhothai.
Manakala Melalui Kedah, Syeikh Abdul Jalil selaku Mufti Sultan Kedah dan anaknya Syeikh Abdul Samad Al-Falembani(pegarang kitab Sirru Salikin) diarahkan membina meriam mengadap Kuala Kedah(hingga kini ada-boleh dilihat). Meriam itu dibina oleh seluruh rakyat kedah dan yang anehnya ia meletup apabila tentera Siam menghampiri darat, walaupun tidak diisi peluru oleh sesiapa. Dengan itu Kedah tidak dapat dimasuki. Syeikh Abdul Jalil yang penuh karamah itu dimakamkan di Jitra Kedah dalam parlimen Kubang Pasu, dan hingga kini makamnya sentiasa redup teduh dan bebas dikunjungi sesiapa dengan Notis Kerajaan Kedah tertulis “MAKAM WALI ALLAH” dan sentiasa mempunyai wakil kami (proksi MQTK – Liga India Muslim Malaysia – dianggap pusat Pertapaan kawasan Utara dalam sejarah nenek moyang dulu, dan kami dikehendaki sambung hingga kini-jika ada melibatkan permohonan besar Raja-Raja Melayu atas sesuatu urusan sulit Negara/agama dan bangsa).
Denga kejatuhan Pattani, lebih 20,000 nenek moyang kami di era itu dipaksa berjalan kaki hampir 1000 kilometer ke ke Bangkok dengan dicucuk kakinya dengan rotan. Yang mati ditinggalkan, yang hidup dipaksa membina Istana untuk King Sukhotai(cucu cicit King Rama yang tuntut bela kematian nenek moyangnya dipenggal Cik SIti Wan Kembang, di tangan Majapahit II/Kelantan). Sebuah penempatan khas di pinggir sungai tengah kota Bangkok hingga kini menjadi penempatan penghijrah nenek moyang kami itu. Kebanyakkan tidak pandai lagi berbahasa melayu.
'
Manakala yang sempat melarikan diri ke Kelantan, termasuk arwh nenek moyang kami disambut oleh Long Gaffar dan Long Yunus yang telah lebih 20 tahun mengusai kerajaan Kelantan setelah menjatuhkan hukuman bunuh(Qisas) ke atas Sultan Long Pandak yang bunuh dan ttambat pada gajah mayat isterinya dihantar ke rumah mertua(dituduh berzina). Tanah diberi percuma termasuklah tapak MQTK yang didaftarkan kepada Raja-Raja Melayu. Semuanya dikurnia oleh As-Sultan secara percuma(era Sultan Muhammad IV-1900). Terima kasih Raja2 Melayu.
No comments:
Post a Comment