Apabila Umar datang, Fatimah segera mengambil lembaran berisi ayat suci itu dan menyembunyikannya di bawah pahanya sedangkan sebaik mendekati rumah terbabit Umar sempat mendengar bacaan Khabbab, sehingga beliau bertanya kepada mereka: �Syair apa yang aku dengar tadi...Aku diberitahu kamu berdua mengikuti agama Muhammad!�
Selepas itu, Umar menyerang Said. Fatimah pula melompat dan berusaha menghalang tindakan Umar, namun terkena tamparan hingga kepalanya berdarah.
Kemudian, Fatimah berkata kepada abangnya itu: �Ya, benar! Demi Allah, kami berdua memang sudah masuk Islam dan beriman kepada Allah dan rasul-Nya, Muhammad. Kini kamu sudah mengetahuinya. Perbuatlah sesuka hatimu ter hadap kami. Kami tidak gentar sedikit pun.�
Selepas Umar melihat darah pada kepala adiknya, beliau menyesal lalu menahan marahnya dan berkata kepada adik nya: �Kalau begitu, berikan padaku lembaran syair yang aku dengar tadi supaya aku dapat mempertimbangkan apa yang diajarkan Muhammad kepadamu.�
Fatimah memberikan lembaran ayat suci itu kepada abang nya, Umar.
Dalam lembaran itu tertulis surah Taha. Selepas selesai membaca lembaran itu, Umar berkata: �Alangkah indahnya kata-kata ini dan alangkah mulianya.�
Bermula detik itulah Umar memeluk Islam. Hatinya yang keras menjadi lembut selepas menatap ayat suci al-Quran.
No comments:
Post a Comment