
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
MENUJU ILAHI
"Apabila meninggalnya seorang ABDAL (WALIALLAH ) itu, maka akan diganti tempatnya dengan kiraan 40 orang wali menjadi Badal yang akan menduduki tempatnya" -Dari kitab Penghantar Ilmu Tarikat & ; Tasauf oleh Prof. Abu Bakar Atdjeh
KEMATIAN SEORANG WALIALLAH
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ. ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً. فَادْخُلِي فِي عِبَادِي. وَادْخُلِي جَنَّتِي
“Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku”.
(alFajr 89:28)
ALFATIHAH...
AlMarhum YM Sidi Sheikh Ahmad Idris QutubulRabbani Sultan Aulia @ Tok Ayah Mat Jibril Kuala Krai

Kematian beliau dihadiri ramai orang daripada Pondok Kelantan dan tokoh-tokoh politik tanahair termasuk ahli-ahli ABIM, PPP dan UMNO dari Pasir Putih (Cikgu Zaim), (Cikgu Che Yahya Ariffin ) Machang dan Kuala Krai seperti Ybhg. En. Azzizuddin Hussein sendiri (UMNO Kuala Krai) dan wakil-wakil saudara-mara yang rata-ratanya ahli UMNO dan PAS Kota Bharu. Penduduk-penduduk kampung setempat yang menjadi penyokong kuat PAS pula turut serta bersama-sama menyolatkan jenazah beliau sehingga ke tanah perkuburan. Alhamdulillah.. kematian WaliAllah membawa rahmat apabila pelbagai pegangan ideologi berbeza boleh bekerjasama dan berukhwah dalam keadaan persaudaraan dan harmonis bagi menuju kepada KALIMAH YANG BERSAMAAN di antara satu dengan yang lain iaitu ketaqwaan kepada Allah semata-mata.
Sejarah hidup arwah TokAyah Mat Jibril@Shekh Ahmad QutubulRabbani adalah hanya dikenali sebagai orang gila isim yang hanya berbasikal, memakai Kot Labuh, berserban hitam dan berstokin merah dan tidak pernah meninggalkan kasut 'HighCut'-nya, walaupun ada di antara anak-anaknya yang telah bergelar Datuk, ahli perniagaan dan orang-orang besar Malaysia. Itulah cara hidup WaliAllah yang tidak mencari pengaruh di mukabumi. Sesungguhnya hanya waliAllah mengenal WaliAllah! Alfatihah......
SEKITAR PENGURUSAN KEMATIAN YM Tuan Guru Sheikh Ahmad QutubulRabbani sultanAulia Tok Ayah Mat Jibril Kuala Krai
selasa 26 sept 2009M. Alfatihah.. Sesungguhnya kasih Kami pada TokAyah Mat bagaikan kasih anak pada ibu dan bapanya.
Al-Fatiha
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)



menandakan doa itu mustajab, insyaAllah. Itu adalah pengajian dan pegangan Tok Ayah Mat Jibril dan Kami MQTK dan pegangan wali-wali Allah terdahulu (rujuk Ulama Pondok). Sebagaimana Kematian munafik, fasik dan sekutu Iblis dan hawa nafsu boleh dikenal kematiannya melalui tanda-tandanya seperti mati di Disko, tempat pelacuran, Hospital dan dikelilingi oleh individu-individu yang tidak Islam atau belum tentu habis kitab muktabar atau paling tidak pun tak tahu mandi wajib!! Subhanallah..! Sedangkan doa kita adalah:
"Wahai Tuhanku! Sempurnalah kematianku sebagai seorang Islam dan perhubungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh. Wahai Tuhanku! Kumpulkanlah Wali-WaliMU pada SAAT KEMATIAN-ku". InsyaAllah..!!
Nah!! Itu Intinya. Kematian mukmin yang disaksi wali-wali (kekasih) Allah, bukannya dikelilingi oleh wali-wali setan seperti munafik, fasik, zindik dan orang-orang yang jahil.
Paling tidak orang-orang bakal AHLI NERAKA ini akan mati dalam keadaan sakit keseorangan atau kebiasaannya akan mati disiksa badannya (Pembedahan) sedangkan wasiat nenda Rasulullah SAW supaya dijaga tubuh-badan Jenazah yang mati kerana jenazah itu akan merasai kesakitan selepas kematiannya (ini hukum laa..sedara.. sabda Rasul!!- mana boleh tolak? Kalau tolak pegangan KITAB; maka gugur AKIDAH serta-merta walaupun berhaji 70 kali sekalipun. Berhati-hatilah..! Ingatlah! Hanya ada dua sahaja kematian iaitu mati dalam keadaan mengucap (Kalimah Syahadah) atau mati dalam Su'ul Khatimah iaitu mati dalam keadaan tidak boleh mengucap. na-uzubillah... MasyaAllah-HulaQuwatailabillah!!
Tanda kematian bakal penghuni Neraka Jahanam yang kekal selama-lama-lama-lama-lama-lamanya (Jahanam untuk yang mengaku Islam tapi menjadikan agama itu hiburan dan permainan) ialah kematian paling buruk iaitu mati dalam tandas (RUMAH SYAITAN);
Berbeza dengan kematian Wali-Wali Allah; di mana kematian wali-wali Allah ini akan dihadiri oleh para kekasih-Nya, orang-orang soleh dan ahli Qura Alhafiz sebagaimana hadith Nabi SAW yang bersabda: "Kumpulan mereka itu seolah-olah seperti MUTIARA yang bertaburan".., putihhh.. putih..putih.. semuanya (alHafiz lagi!) mengiringi jenazah dengan pengiring-pengiring yang berserban dan berjubah putih seolah-olah 'Mutiara Putih' yang bertaburan dan bagaikan sekumpulan Malaikat dari langit (yang tiba-tiba muncul) dan mengiringi jenazah Kekasih-Nya hingga sempurna urusan pengkembumian arwah Tuan Guru Tok ayah Mat Jibril Syeikh Ahmad QutubulRabbani SultanAulia 1430H..
HAMBA-HAMBA YANG DISUCIKAN
"WALI_WALI ALLAH itu adalah orang yang meneruskann hidup suci nabi-nabi. Iaitu orang-orang yang bermujahadah, menjaga waktu-waktu ibadat, yang tidak ingin lagi pada kelazatan lahir, kenikmatan pancaindera, mengikut jejak nabi, mencontohi perbuatan Muhajirin dan Ansar. lari ke gunung atau ke gua semata-mata memohon keridhaan Allah, beribadat, melatih diri, hati dan matanya untuk melihat Allah semata-mata. Merekalah yang berhak digelar Atqiya, Akhfiya, Guraba, Nujaba, Qutub, Autad, Abdal dan seumpama makamnya.
Aswad bercerita dari Abdullah ibn Umar yang Rasulullah SAW telh bersabda: "Sesungguhnya Di antara makhluk Tuhan tu ada manusia yang berjumlah 300 orang yang sama hatinya dengan HATI ADAM as, 40 manusia yang sama dengan hati nabi Musa as, 7 hati manusia yang sama dengan HATI nabi Ibrahim khalilullah, 5 hati manusia yang sma dengan HATI JIBRIL RuhulQudus, 3 hati manusia yang sama dengan HATI MIKAIL dan satu hati manusia yang sama dengan HATI ISRAFIL.
Wali-Wali merupakan QUTUB atau Khalifah Allah di mukabumi ini. Wali-Wali Allah itu adalah hamba-hamba Allah yang disucikan. Mereka itu ke sana ke mari hanya untuk mempertahankan agamanya semta-mata. Mereka itu satu golongan yang cinta-menyintai kerana RUH ALLAH (alQuran) semata-mata. Terdorong oleh rasa cinta (mahab'bbah) kepada Allah semata-mata bukannya kerana ikatan kekeluargaan, harta-benda atau kasih sayang selain Allah. Wajah mereka itu gilang gemilang. Mereka tidak gentar dantakut di kala orang lain cemas dan ngeri. Tidak merasa khuatir di kala orang lain bimbang dan berputus asa. Tetap tenang dan redha di kala orang lain kecewa. Sentiasa tersenyum di kala orang lain gelak mencerca. Ucapan mereka hanya SALAM.. SALAM, pada yang mencerca. Sabar itu tauhid mereka. AlQuan itu IMAN mereka. Pemimpin Umum mereka Nabi Khaidir dan wali terakhir adalah Imam Mahdi. Sempurnanya Islam kerana ALQURAN sudah pun berada di sisi kita sebagai saksi. Firman Allah: "Dengan PERKATAAN mana sesudah AlQuran mereka mahu beriman; Dan AlQuran itu adalah yang memberi sebab-sebab KEMULIAAN kepada kamu,. Tidakkah kamu memikir?"
Aswad bercerita dari Abdullah ibn Umar yang Rasulullah SAW telh bersabda: "Sesungguhnya Di antara makhluk Tuhan tu ada manusia yang berjumlah 300 orang yang sama hatinya dengan HATI ADAM as, 40 manusia yang sama dengan hati nabi Musa as, 7 hati manusia yang sama dengan HATI nabi Ibrahim khalilullah, 5 hati manusia yang sma dengan HATI JIBRIL RuhulQudus, 3 hati manusia yang sama dengan HATI MIKAIL dan satu hati manusia yang sama dengan HATI ISRAFIL.


MasyaAllah-HulaQuwata'illa-billah
SUBHANAKALLAH-HUMMA-SALAMMU-WALHAMDULILLAH
HIROBIL-ALAMI
By AZZURRI BANIHASYIM's Klate @2009 ahlulbayt.com
1 comment:
ble tarikh sebenar kematian beliau? 28,26 or 8 sept? takkan meninggal 28,urusan jenazah pd 26? or salah type?
second: penah dgr us Asri (dr MAZA) cakap, cara kematian tak tentukan ahli syurga/neraka, sebab saidina Hamzah pun tubuhnya disiat dan dimakan oleh isteri Abu Sufyan!!
third: adekah smue tanda kematian wali itu terjadi smse kematian dan sepjg pengkebumian jenazah?-sila jujur-
Post a Comment