Wednesday, May 25, 2011

Aktiviti nyalaan api yang meluap-luap di matahari akan mencetuskan huru-hara di seluruh dunia pada tahun 2013



GAMBAR fail yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan 
Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat menunjukkan 
nyalaan api di matahari pada 8 September lalu.

LONDON – Aktiviti nyalaan api yang meluap-luap di matahari 
akan mencetuskan huru-hara di seluruh dunia pada tahun 2013, 
lapor sebuah akhbar semalam. Nyalaan api yang meluap-luap 
itu dijangka memutuskan bekalan elektrik dan komunikasi satelit
selain menjejaskan penerbangan, perkhidmatan kewangan dan 
komunikasi radio di Bumi melibatkan tempoh sehingga beberapa 
bulan.


Maklumat itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan 
Britain, Dr. Liam Fox semasa dia menyampaikan ucapan 
pada persidangan kelemahan grid elektrik di seluruh dunia 
di sini pada Ahad lepas.

Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas 
Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) memberi amaran 
nyalaan besar matahari itu akan menghasilkan tahap radiasi 
yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya ribut 
magnetik di Bumi sekali gus bakal memusnahkan teknologi 
manusia.

Nyalaan besar matahari membentuk lingkaran-lingkaran api 


dengan kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh 
mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih 
teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri 
Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

http://berita-harian-online.com/bumi-huru-hara-2013-kerana-matahari/





No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)