Wednesday, June 29, 2011

KENAPA TEMASIK/SINGAPURA & MEALA TIADA KUASA SULTAN ISLAM..??

KENAPA TEMASIK/SINGAPURA & MEALA TIADA KUASA SULTAN ISLAM..??
Tuan Jana Khatib akhirnya ke Temasik dan di situlah baginda terserempak dengan Tuan Puteri , lalu menunjukkan kehebatanya membelah dua pokok Pinang dengan hanya tenungan mata.  Raja Singapura, Paduka Seri Maharaja telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atasnya kerana dituduh cuba memikat Tuan Puteri baginda dengan karamah(salah guna karamah).

Kematian Tuan Jana Khatib dimaklumi semua abangnya di Majapahit II(Kelantan). Tidak berapa lama selepas peristiwa inilah Temasik disumpah, lalu dilanggar oleh Todak(diselamatkan Hang Nadim, kemudian juga dibunuh),  dan akhirnya disusuli serangan bala tentera Majapahit II yang menjadikan singapura padang jarak-padang terkukur (semuanya diarah BUNUH DAN BAKAR hangus  arahan HM Cik SIti Wan Kembang sendiri dan dipersetujui oleh Syed Husin Jamadil-Kubra ytang diberi tempat di Bukit Panau  – adab berperang Quraisy/Majapahit II/Kelantan kuno dengan Siam memang gitu..!!), dengan perjanjian Wali 7 setuju turut membantu pertahan bumi Serambi Makkah dari Siam.

1380M Seorang Wali Allah, Tuan Syarif Aulia atau Syeikh Abdul Karim Al-Makhdum dari Melaka telah sampai ke Pulau Jolo dan mendapati telah ada komuniti Islam di tempat yang bernama Buansa(Ewansa). Beliau kemudian mengislamkan Raja Sulu (peristiwa ini disebut dalam bacaan manaqib tradisi bangsa Melayu Sulu) dan mendirikan sebuah masjid (hingga kini ada) untuk semua penduduk.

Seterusnya beliau belayar ke Johor dan disinilah Syarif Aulia ditemukan jodohnya.

Tokoh yang bernama Tuan Syarif Aulia itu tidak lain ialah Sayyid Thana'uddin yang nama timangannya Syeikh Abdul Karim As-Saman Al-Madani iaitu adik kepada Sayid Husin Jamadil-Kubra yang pergi ke sulawesi. Keduanya kemudian ke Champa untuk misi dakwah seterusnya.(juga ada bukti masjid lama bentuk Masjid Kg. Laut, di Nilam Puri tu, di sana hingga kini).

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)