Wednesday, June 29, 2011

SIAM BUDDHA MEMBANTU PENJAJAHAN JEPUN KE ATAS RAJA MELAYU.

1941 – Disebabkan keengganan Raja-Melayu+Raja British menjual hasil getah, tembaga, bijih besi yang amat diperlukan oleh industry mesin yang baru berkembang pada sekutu Siam iaitu German dan Jepun, Hitler akhirnya bermesyuarat di Geneva dengan General  Yamashita  Jepun secara sulit dan memutuskan untuk melumpuhka nmonopoli ekonomi empayar British adalah dengan menguasai pembekal sumber utama British iaitu “Kelantan di bawah Raja-Raja Melayu”. Disember 1941. Jepun bom 18 kapal USA di Pearl Harbor dan bunuh 2800 nyawa. Seterusnya Kelantan dijajah dalam tempoh kurang 8 jam keesokkan harinya. Siam member laluan darat kepada Jepun yang berbasikal dari utara, manakala melalui laut mendarat di Seri Telong dan melalui udara mendarat di Pengkalan Chepa. Pegawai British diselamatkan dan Jamabatan Besi Kusial terpaksa dibom untuk sekata kemaraan Jepun yang hanya mahukan kepala British, dengan motto Asia for Asia.

Dis. 1941 - Pejabat Sultan Muhammad yang menempatkan berpuluh pegawai British dikepung. Namun  pemerintah Jepun itu tak belajar geografi rupanya. Sistem darat di Kelantan telah dibuat untuk strategi perang di mana jalan utama yang dipisahkan oleh sungai dibuat menggunakan Jambatan Besi(dengan tujuan boleh dibom sedikit, kemudian baiki balik. kalau kontrit kena buat baru). Datuk Perwira Hj. Nik Daud diarah selamatkan 11 pegawai British. Di sini berlaku peristiwa amat pilu mengikut Tok Chu Husin. Dalam suasana ketakutan diburu untuk dibunuh oleh lebih 3 ribu tentera Jepun membuatkan mereka berpeluk dan menangis seperti adik beradik dan bersumpah setia sanggup sehidup dan semati. Di situlah mereka berpelukan dan saling mengakui adik-beradik dalam tangisan atara Britis dan Melayu....jika terlepas selamat, tetapi Jika mati maka Datuk Perwira Hj. Nik Daud juga akan turut maut. Setelah Jepun sampai di Kadok, mereka terpaksa berundur ke Tanah Merah. Jarak mereka terlalu dekat. Emulite (bahan letupan) segera diarahkan dipasang di bawah jambatan besi. Setelah semua pegawai British berlalu menyeberangi dan selamat, Jepun baru sampai di muka Jambatan itu, dan diwaktu itulah arwah Tok Majid(anak sepupu Tok Kenali) diarahkan meletupkan jambatan besi guilemard itu. tuk nenek kata ramai jugak la askar Jepun yang jadi superman terjun dalam sungai masa tu...kiki.. mati katak lo!

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)