Bumi Mesir diberi kelebihan oleh Allah SWT dengan bersemadinya sekalian ramai jasad Ahlul Bait. Antara mereka ialah Sayyidah Nafisah r.anha.
Nama Sayyidah Nafisah tidak asing lagi bagi umat Islam di Mesir. Masjid
beliau yang terletak berhampiran kubu Salahudin Al-Ayubi, Kaherah
menjadi saksi betapa kasihnya umat Islam kepada beliau apatah lagi
tanggal 9 Jamadilakhir setiap tahun, ramai umat Islam akan berkumpul di
perkarangan masjid beliau bagi merayakan maulid beliau.
Berdekatan
masjid beliau, juga terdapat beberapa maqam Ahlul Bait Nabi dan ulama
yang lain, antaranya Sayyidah Sukainah binti Saidina Hussein, Sayyidah
Ruqayah binti Saidina Ali, bapa saudaranya Sayyid Muhammad Al-Anwar dan
pengarang kitab 'Tafsir Mimpi', Imam Ibnu Sirin.
Keturunan Mulia
Sayyidah Nafisah memang terkenal sebagai seorang serikandi yang berani bahkan terkenal dengan kehebatan ilmunya yang tinggi hingga digelar sebagai 'Ummul ‘Ulum' (ibu sekalian ilmu). Nama beliau ialah Nafisah binti Sayyid Hasan al-Anwar bin Saidina Zaid bin Saidina Hasan bin Saidina Ali bin Abi Talib, menantu Rasulullah SAW. “Nafisah” diambil dari kalimah 'an-nafasah' yang bermaksud 'kemuliaan atau ketinggian keadaan sesuatu'. Beliau sangat menyerupai emak saudara sebelah bapanya yang bernama Sayyidah Sukainah al-Kubra binti Zaid r.anhum.

Ayahandanya Sayyid Hasan al-Anwar dan diberi gelaran ‘al-Anwar’
iaitu yang bercahaya kerana keadaan mukanya yang kelihatan bercahaya
kesan daripada kuat ibadat yang ikhlas kepada Allah. Beliau dilantik
oleh Khalifah Jaafar al-Mansur sebagai gabenor Madinah al-Munawarah
tahun 150 Hijrah. Sayyidah Nafisah dilahirkan di Makkah tanggal 11
Rabiul Awal tahun 145 Hijrah. Beliau dibesarkan di Madinah kerana
ayahandanya seorang gabenor. Sejak kecil, beliau lebih suka membaca al-Quran, selawat ke atas Nabi di samping gemar menziarahi maqam Nabi.
Hingga satu masa, setelah usia Sayyidah Nafisah mencecah beberapa
tahun, ayahandanya telah membawa beliau menuju ke bilik yang bersemadi
jasad Rasulullah SAW. Lalu ayahandanya berkata, "Ya Rasulullah! Redhailah anak perempuan aku yang aku namakan Nafisah ini." Lalu satu malam ayahandanya bermimpi bertemu Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda: "Wahai
Hasan! Sesungguhnya aku telah meredhai anakmu yang juga zuriatku,
Nafisah dan Allah Taala juga meredhainya dengan sebab redha aku
kepadanya."
Perkahwinan
Sayyidah Nafisah berkahwin dengan sepupu beliau yang berketurunan Saidina Hussein, Sayyidi Ishaq al-Mu'taman bin Saidina Jaafar As-Sodiq bin Saidina Muhammad al-Baqir bin Saidina Ali Zainal Abidin bin Saidina Hussein bin Saidina Ali menantu Rasulullah SAW. Suaminya digelar sebagai 'al-Mu'taman' kerana beliau seorang yang sangat amanah dan kuat imannya. Beliau merupakan saudara kandung kepada Sayyidah Aisyah (bukan Aisyah isteri Rasulullah SAW) iaitu anak kepada Saidina Jaafar as-Sodiq. Sayyidah Aisyah juga disemadikan dalam masjidnya di Hayyu Al-Khalifah dekat dengan Kubu Salahudin Al-Ayubi di Kaherah. Tatkala Sayyid Hasan Al-Anwar meninggalkan jawatan gabenor Madinah, ia diganti oleh menantunya Sayyid Ishaq Al-Mu'taman sebagai gabenor bagi khilafah Abbasiyah. Beliau diakad nikah pada hari Jumaat 5 Rejab tahun 161 Hijrah dan telah dikurniakan dua cahaya mata bernama Qasim dan Ummu Kalthum.

Ibadat Sayyidah Nafisah
Sayyidah Nafisah sangat gemar membaca al-Quran, kuat berpuasa di siang hari, solat pada malamnya, amat kasihan belas kepada orang miskin, anak-anak yatim dan manusia sekaliannya. Diriwayatkan daripada Sayyidah Zainab binti Sayyid Yahya yang juga anak saudaranya, beliau berkata, “Aku telah berkhidmat kepada emak saudaraku (sebelah ayah), Sayyidah Nafisah selama 40 tahun. Aku tidak pernah lagi melihat Sayyidah Nafisah tidur pada siang dan malam kecuali kerana darurat (terpaksa) kerana sibuk dengan beribadat. Beliau juga sentiasa berpuasa kecuali dua hari raya dan hari tasyriq. Lalu aku bertanya kepadanya, “Wahai emak saudaraku! Tidakkah kau berasa penat dan kasihani tubuhmu?” Lantas beliau berkata, “Bagaimana aku mampu mengasihani diriku sedangkan di hadapanku azab Allah sedang menanti. Tiada siapapun yang dapat mengelak daripadanya kecuali orang-orang yang berjaya.”

Sayyidah
Nafisah telah mengerjakan haji sebanyak 30 kali dan kebanyakannya
beliau pergi dengan berjalan kaki. Beliau selalu berdoa sambil menangis
di sisi Kaabah “Tuhan
ku! Penciptaku! Penolongku! Berikanlah kegembiraan kepadaku dengan
redha-Mu kepadaku. Janganlah diriku ini menjadi sebab sebagai
pendinding (hijab) antara Kau dan aku. Tuhanku! Permudahkanlah aku menziarahi kubur kekasih-Mu, Ibrahim (iaitu Makkah).”
Pada
hari yang kesepuluh akhir Ramadhan tahun 193 Hijrah Sayyidah Nafisah
bermusafir ke Mesir bersama suami, ayah dan kedua-dua anaknya yang
ketika itu umur beliau mencecah 48 tahun kerana bertujuan menziarahi
ahli keluarga Rasulullah SAW yang lain di Mesir. Setelah menziarahi
Mekah dan Baitulmaqdis, mereka tiba di Mesir dengan disambut meriah
oleh sekalian penduduk Mesir termasuk sekalian pembesar negara ketika
itu. Kebanyakan mereka menjemput Sayyidah Nafisah ke rumah. Hinggalah
beliau tiba di rumah Ummu Hani’, satu
keajaiban telah berlaku apabila Allah SWT telah memuliakan hamba-Nya
itu dengan disembuhkan kecacatan seorang budak perempuan Yahudi dengan
keberkatan air wuduk Sayyidah Nafisah yang menyebabkan keluarga budak
tadi memeluk Islam. Sejak itu, berduyun-duyun manusia menziarahi
Sayyidah Nafisah meminta doa dengan pelbagai hajat hingga suaminya
bercita-cita untuk kembali ke Madinah. Lalu Sayyidah Nafisah berkata, “Aku tidak boleh berbuat demikian kerana aku melihat Rasululah SAW dalam mimpi bersabda: “Jangan tinggalkan Mesir kerana Allah akan mematikan kamu di sana”.
Kasihnya beliau kepada Mesir dan penduduknya amatlah tinggi. Beliau pernah berkata, “Sesungguhnya
aku amat menyayangi penduduk Mesir. Aku bercita-cita untuk dikuburkan
di sini. Allah memuliakan Mesir dengan menyebutnya dalam al-Quran
sebagaimana disebutnya Makkah.” (rujuk kitab Ad-Durr An-Nafisah oleh Syeikh Ramadhan Abdu Rabbuhu Asfur r.anhu).
Sayyidah Nafisah dan Imam Syafie
Imam Syafie r.anhu, Imam mazhab Feqah yang masyhur sempat hidup sezaman dengan Sayyidah Nafisah. Sayyidah Nafisah menjalani kehidupan di Mesir selama 15 tahun iaitu dari 26 Ramadhan tahun 193 Hijrah hingga 15 Ramadhan tahun 208 Hijrah. Imam Syafie amat kerap menziarahi beliau. Ini sebagai tanda mulia dan kasihnya Imam Syafie kepada ahli keluarga Nabi. Selain ziarah, Imam Syafie juga turut mendengar bacaan hadis daripada Sayyidah Nafisah dan beliau juga membaca hadis kepada Sayyidah Nafisah. Beliau juga kerap menunaikan solat tarawih di masjid Sayyidah Nafisah dan apabila Imam Syafie ditimpa sakit, beliau pasti akan menghantar seorang utusan bertemu Sayyidah Nafisah dan mengirim salam bertujuan menggantikannya menziarahi Sayyidah Nafisah. Beliau pasti meminta Sayyidah Nafisah mendoakan kesihatan untuk beliau. Hingga satu hari beliau ditimpa sakit yang membawa kepada kewafatan beliau, seperti biasa seorang utusan diutus bertemu Sayyidah Nafisah dan kali ini Sayyidah Nafisah berdoa: “Semoga Allah memberikan kepadanya (Imam Syafie) sebaik-baik pertemuan dan memberikan kenikmatan dengan melihat wajah-Nya yang mulia.” Maka utusan itu kembali dan memberi tahu apa yang didengar kepada Imam Syafie lalu tahulah beliau bahawa ajalnya bakal tiba tidak lama lagi. Lalu Imam Syafie berwasiat agar Sayyidah Nafisah menyembahyangkan jenazahnya, lalu wafatlah Imam Syafie pada hari Khamis, akhir bulan Rejab tahun 204 Hijrah.

Apabila mendengar berita kewafatan Imam Syafie dengan penuh kesedihan, Sayyidah Nafisah berdoa: ”Semoga Allah merahmatinya, dan adalah dia seorang yang memperelok wuduk”.
Ini adalah sebagai penyaksian Sayyidah Nafisah kerana wuduk adalah asas
melakukan ibadat. Apabila cantik asasnya maka cantiklah ibadat yang
dibina padanya seolah-olah beliau berkata: “Imam Syafie itu elok pada ijtihadnya.”
Tatkala terasa kesakitan yang menimpa amatlah kuat hingga memisahkannya
dari dunia, Sayyidah Nafisah mula menggali kubur dalam biliknya. Pada
saat-saat akhir usianya, beliau sering turun dan beribadat dalam liang
lahad tersebut dengan banyak bersembahyang sunat dan membaca al-Quran.
Berkata Al-Allamah Al-Ajhauri: "Adalah
Sayyidah Nafisah membaca al-Quran dan mengkhatamnya dalam kuburnya
sebanyak 6,000 kali dan beliau menghadiahkan pahalanya kepada sekalian
umat Islam yang telah meninggal dunia.”
Menghembus Nafas Terakhir
Kesakitan yang menimpanya semakin kuat pada pertengahan bulan Ramadhan tahun 208 Hijrah dan beliau sedang berpuasa ketika itu. Maka sekalian orang yang hadir ketika itu menyarankan agar beliau berbuka puasa sahaja bagi meringankan kesakitan yang dihadapi. Mendengar hal tersebut beliau berkata: “Pelik sungguh. Aku berpuasa 30 tahun dan aku berdoa kepada Allah agar dimatikan aku dalam keadaan berpuasa tiba-tiba aku diminta berbuka?”.

Kesakitan
yang ditanggungnya berlarutan hingga hari Jumaat hari yang ke-15
Ramadhan. Mulut beliau masih lagi mampu membaca al-Quran hingga sampai
pada ayat ke-127 daripada Surah al-An’am yang bermaksud: “Bagi
mereka itu (orang-orang yang merenung dan menghayati pesanan dari
Allah) disediakan tempat yang selamat dan aman iaitu syurga di sisi
Tuhan mereka dan mereka berada dalam kekuasaan dan pertolongan-Nya
dengan sebab apa yang mereka kerjakan di dunia dahulu.” Ketika
selesai membaca ayat ini, sunyi seketika rumah beliau diikuti tangisan
dan doa sekalian manusia yang hadir mengiringi roh beliau yang baru
dijemput mengadap Allah SWT.
Disemadikan Di Mesir
Setelah kewafatan Sayyidah Nafisah, suaminya Ishaq al-Mu’taman telah bercadang untuk membawa kembali jasad Sayyidah Nafisah ke Madinah untuk dikebumikan bersama-sama ahli keluarganya yang lain, tetapi penduduk Mesir telah membantah dan meminta agar Sayyidah Nafisah disemadikan di Mesir dalam kubur yang digali dengan tangan beliau sendiri. Setelah cubaan memujuk keluarganya menemui jalan buntu, sekalian penduduk Mesir telah mengadu kepada Ubaidillah bin as-Sura, gabenor Mesir ketika itu agar dapat menangani masalah ini dengan baik. Dikatakan sekalian penduduk Mesir telah mengumpulkan sekalian harta bagi diberikan kepada keluarga Sayyidah Nafisah agar hasrat untuk mengembalikan Sayyidah Nafisah ke Madinah dibatalkan. Pada malamnya, suaminya telah bermimpi bertemu Rasulullah SAW dan Baginda bersabda kepada Ishaq: ”Wahai Ishaq! Kembalikan harta manusia (penduduk Mesir) kepada mereka dan semadikan Nafisah di sisi mereka kerana rahmat diturunkan kepada mereka dengan berkat Nafisah.” Keesokannya, Sayyid Ishaq telah memaklumkan mimpinya kepada penduduk Mesir. Dengan penuh gembira dan syukur kepada Allah, jasad Sayyidah Nafisah disempurnakan lalu disemadikan di dalam biliknya yang kini dibina masjid padanya yang dinamakan ‘Masjid Sayyidah Nafisah’. Setelah itu, suaminya bersama dua lagi anaknya kembali ke Madinah dan meninggal dunia di sana. Semoga Allah meredhai sekalian Ahlul Bait Rasulullah SAW dan menghimpunkan kita sekalian bersama-sama mereka di bawah panji datuk mereka dan pemberi syafaat kita, Nabi Muhammad SAW. Amin.

(Petikan daripada kitab Hadhratus Sayyidah Nafisah r.anha tulisan Syeikh Muhammad Muntasar Ahmad Hamid Al-Helwani)
No comments:
Post a Comment